◉ HEADLINES

PM manfaat pentas Felda betulkan tanggapan negatif terhadap DAP

Anthony Loke telah memberikan sokongan untuk menghapuskan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion kerana beliau mahu membantu orang yang susah

11:15 PM MYT

 

BENTONG – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memanfaatkan pentas Felda di Bentong untuk membetulkan tanggapan salah segelintir pihak mengenai DAP sedangkan pemimpin parti tersebut turut memberikan sokongan bagi memansuhkan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion.

Menurut Perdana Menteri, perkara berkenaan adalah satu fakta dan tanggapan negatif itu perlu diperbetulkan.

Ujar beliau, pemimpin DAP iaitu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah memberikan sokongan kepada usaha untuk menghapuskan hutang terbabit dan tiada masalah berbuat demikian kerana mahu membantu orang yang susah,

“Bila saya bentang dalam Jemaah Menteri, kena bentang untuk tandatangan (pemansuhan hutang) RM8.3 bilion walaupun mereka (ada pihak) kata tak selesai (lupus hutang). Tak betul… kena bawa balik kertas kepada Jemaah Menteri untuk keluarkan RM8.3 bilion oleh pentadbiran Kerajaan Perpaduan sekarang.

“Bila saya bawa (dalam mesyuarat Jemaah Menteri), di situ ada (Timbalan Perdana Menteri I), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan dia sokong. Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof dari Sarawak pun sokong.

“(Menteri Pengangkutan) Anthony Loke dari DAP, dia pun sokong dan dia kata tolong orang Felda yang susah, tidak ada masalah. Yang nak marah Anthony pasal apa? Sebab dia Cina?,” soalnya ketika berucap di Karnival Segalanya Felda Wilayah Mempaga di Felda Chemomoi, hari ini

Anwar turut membetulkan salah tanggapan mengenai Tabung Haji (TH), di mana kata beliau, DAP pernah terpalit fitnah apabila Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng didakwa menyerahkan aset agensi berkenaan kepada syarikat milik orang Cina.

Aset milik TH itu, katanya, sebenarnya diletakkan di bawah Syarikat Bertujuan Khas (SPV) Kementerian Kewangan (MOF) bagi memantapkan kedudukan kewangan entiti berkenaan.

Menurut Pengerusi PH itu, dakwaan timbul apabila Guan Eng menjadi Menteri Kewangan ketika itu dan seorang yang berbangsa Cina, sehingga proses pemindahan aset TH pada masa itu mengundang pelbagai polemik.

“Empat hari lalu sambutan (ulang tahun) TH…berapa ramai orang datang ke Felda ini dan fitnah kerajaan pada masa itu, Lim Guan Eng dan dijual hak Melayu bagi kepada Cina. Ramai yang percaya. Ada yang cakap itu. Kadang-kadang ustaz yang pakai kopiah putih (lempar dakwaan), jadi ada percaya,” katanya.

“Kita semaklah. Mungkin dia ingin dia betul. Semaklah fakta. Apa tuduhannya? Syarikat Tabung Haji yang orang Islam dan Melayu punya diambil oleh orang Cina dan diberi kepada orang Cina. Itu yang disampaikan.

“Saya nak bagitahu, kita bercakap soal Islam, soal akhlak, soal nilai, boleh ke fitnah orang? Sekarang saya Menteri Kewangan dan saya minta fail itu. Buka fail mana syarikat yang jual kepada (orang) Cina. Tak ada. Yang diambil oleh MOF adalah syarikat TH yang rugi teruk. Kalau tak ambil TH akan bankrap,” tegas beliau.

Kini, katanya TH telah diurus dengan baik malah keuntungan melalui syarikat-syarikatnya juga lebih baik. – 2 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

◉ Related