◉ HEADLINES

Hanya Sri Aman catat IPU tidak sihat

5 lokasi lain iaitu di Kangar, Langkawi, Balik Pulau, Seri Manjung dan Kimanis merekodkan bacaan IPU sihat (bawah 50)

9:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sri Aman menjadi satu-satunya lokasi di negara ini mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat susulan keadaan berjerebu pagi ini.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kadar IPU di Sri Aman  mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 128 pada jam 9 pagi ini.

Sebanyak 63 kawasan lain berada pada tahap hijau iaitu bacaan IPU sederhana (bawah 100) didahului dengan Bukit Rambai, Melaka (87); Larkin, Johor (86); Nilai, Negeri Sembilan dan Samarahan, Sarawak masing-masing 85.

Hanya 5 lokasi iaitu di Kangar, Perlis (22); Langkawi, Kedah (28); Balik Pulau, Pulau Pinang (45); Seri Manjung, Perak (45) dan Kimanis, Sabah (45) merekodkan bacaan IPU sihat (bawah 50).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh melayari laman web http://apims.doe.gov.my untuk maklumat lanjut berhubung bacaan IPU semasa.

Terdahulu, media melaporkan sejumlah 353 titik panas dikesan di Kalimantan dan 113 lagi di Sumatera, Indonesia, yang dijangka mengakibatkan jerebu di beberapa negara selatan Asean.

Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah, dipetik berkata, trajektori asap jerebu dari Kalimantan akan memberi kesan terhadap beberapa negeri di timur Malaysia, dan ia dijangka berlangsung selama beberapa hari bermula Ahad lalu.

Katanya, berdasarkan kepada imej satelit NOAA-20 pada 30 September lalu yang direkodkan oleh Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC), tiada bilangan titik panas bagi kategori High Confidence Level direkodkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Namun di Kalimantan menunjukkan 353 titik panas manakala di Sumatera terdapat 113 titik panas dikesan,” katanya. – 4 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related