◉ HEADLINES

Sri Aman, IPD Serian catat IPU tidak sihat

Sejumlah 62 kawasan lain berada pada tahap hijau iaitu bacaan IPU sederhana (bawah 100), manakala hanya empat lokasi merekodkan bacaan IPU sihat dengan bacaan bawah 50 iaitu Kota Bharu dengan bacaan 46, Balik Pulau,(35); Kangar (22) dan Langkawi (20)

4:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi direkodkan di Sri Aman, Sarawak dengan bacaan IPU 134 manakala satu lagi kawasan yang merekodkan bacaan tidak sihat adalah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian yang merekodkan bacaan 102, setakat jam 3 petang ini.

Berdasarkan kemas kini di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) itu, sebanyak 62 kawasan lain berada pada tahap hijau iaitu bacaan IPU sederhana (bawah 100), manakala hanya empat lokasi merekodkan bacaan IPU sihat dengan bacaan bawah 50 iaitu Kota Bharu dengan bacaan 46, Balik Pulau,(35); Kangar (22) dan Langkawi (20).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh melayari laman web http://apims.doe.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai bacaan IPU semasa.

Media sebelum ini melaporkan sejumlah 353 titik panas dikesan di Kalimantan dan 113 lagi di Sumatera, Indonesia, yang dijangka mengakibatkan jerebu di beberapa negara selatan Asean.

Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah, dipetik sebagai berkata, trajektori asap jerebu dari Kalimantan akan memberi kesan terhadap beberapa negeri di timur Malaysia, dan ia dijangka berlangsung selama beberapa hari bermula Ahad lalu.

Katanya, berdasarkan kepada imej satelit NOAA-20 pada 30 September lalu yang direkodkan oleh Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC), tiada bilangan titik panas bagi kategori High Confidence Level direkodkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Namun di Kalimantan menunjukkan 353 titik panas manakala di Sumatera terdapat 113 titik panas dikesan,” katanya. – 4 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related