◉ HEADLINES

Semua Adun BN tidak akan ‘lompat’: Wan Rosdy

"Mereka semua memberi jaminan, akan terus berdiri teguh dengan kerajaan yang ada pada hari ini dan mereka menyokong kepimpinan saya"

9:22 PM MYT

 

BENTONG – Kesemua 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pahang daripada Barisan Nasional (BN) menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN Pahang berkata perkara itu dimaklumkan sendiri kesemua Adun BN kepadanya semalam.

“Mereka semua memberi jaminan, akan terus berdiri teguh dengan kerajaan yang ada pada hari ini dan mereka menyokong kepimpinan saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas program Sembang Santai Veteran di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ceramah perdana di Felda Chemomoi semalam yang mendakwa ada kemungkinan Adun daripada BN akan menyertai PN sekiranya gabungan itu menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Komposisi yang membentuk Kerajaan Negeri Pahang ketika ini terdiri daripada 16 Adun BN dan lapan Adun Pakatan Harapan (PH), manakala PN mempunyai 17 ADUN. 

Pahang adalah antara negeri yang masih belum menguatkuasakan undang-undang anti lompat parti bagi Adun sejak ia berkuat kuasa di peringkat Persekutuan pada 5 Okt tahun lepas. 

Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata dakwaan Muhyddin itu adalah satu bentuk fitnah yang bertujuan mengelirukan dan menakutkan rakyat serta pengundi menjelang PRK Pelangai.

“Ini adalah satu budaya yang bagi saya yang tidak sihat…sebagai ahli politik kita sepatutnya cakap soal pengharapan dan kesejahteraan kepada rakyat. Bukan dengan sentimen menakut-nakutkan rakyat dan membuat cerita yang bukan-bukan,” katanya.

PRK Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun daripada BN yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

PRK pada Sabtu ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datuk Amizar Abu Adam, calon PN Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni. – 4 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sin Sze Si Ya Temple Pioneers of Kuala Lumpur Museum: a journey through history

If you are a local or a tourist looking for a starting point when visiting Kuala Lumpur, the Sin Sze Si Ya Pioneers of Kuala Lumpur Museum should be your first stop to understand the growth, development and community dynamics in this city.

◉ Related