◉ HEADLINES

Perak bangunkan makmal NR-REE

Ia akan menjadi perintis dengan pembinaan makmal pertama dalam Malaysia yang mengendalikan uji kaji melibatkan unsur nadir bumi : Saarani

7:13 AM MYT

 

IPOH – Kerajaan Negeri Perak telah mendapat mendapat persetujuan daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) ketika Mesyuarat Mineral Negara pada Isnin lepas untuk membangunkan sebuah makmal bagi unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) lantanid di negeri ini. 

Perkara itu didedahkan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-55 Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) Perak di sini malam tadi. 

“Makmal ini ditubuhkan bersama Menteri Besar Incorporated (MB Inc Perak), Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). 

Jadi kita akan menjadi perintis dengan pembinaan makmal pertama dalam Malaysia yang mengendalikan uji kaji melibatkan unsur nadir bumi, jadi mana-mana pihak dari negeri lain yang melakukan cari gali dan hendak buat ujian mereka kena datang ke Perak untuk guna pakai makmal kita,” katanya. 

Hadir sama pada majlis itu, Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai dan Pengerusi FMM Perak, Chua Kay Lin dan barisan exco kerajaan negeri. 

Saarani berkata, semasa mesyuarat bersama Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Perak telah meminta untuk meneroka pembukaan kilang-kilang menghasilkan bahan-bahan pertengahan dan hiliran NR-REE. 

“Kementerian juga bersetuju untuk membenarkan Perak memperluas operasi kawasan perlombongan NR-REE seperti yang kita pohon sebelum ini. 

“Malah kita mahu menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya semua mineral diproses di dalam negara sebelum dibawa keluar, jadi kita minta untuk kembangkan lagi prospek dalam produk hiliran,” katanya. 

Katanya, setakat Julai lepas operasi projek perintis perlombongan NR-REE di Mukim Kenering dekat Gerik berjaya menjana hasil royalti kepada kerajaan negeri hampir RM16 juta bagi 10 kali pengeksportan produk akhir lombong iaitu nadir bumi karbonat (REC) ke China, berbanding RM1.66 juta bayaran royalti pertama daripada pihak penggerak perlombongan itu setakat Februari lepas.

Projek perintis itu turut membuktikan nadir bumi ini bukan radioaktif dan pengekstrakan melalui “in situ leaching” adalah kaedah terbaik dan tidak mencemarkan alam sekitar. – 5 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

QSR Brands records 31% revenue growth in KFC and Pizza Hut Malaysia for FY2025

QSR Brands (M) Holdings Bhd announced a 31% revenue increase in its core businesses, KFC Malaysia and Pizza Hut Malaysia, for the financial year 2025, reflecting the successful execution of its strategic transformation roadmap and disciplined focus on operational efficiency, innovation and sustainable growth

◉ Related