◉ HEADLINES

Kereta lawan arus, dua maut di Iskandar Puteri

Dalam kejadian 4.20 pagi itu, mangsa yang maut merupakan pemandu dan penumpang Honda Jazz, iaitu seorang wanita dan seorang lelaki, kedua-duanya berusia 19 tahun

9:25 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Dua individu maut selepas kereta Honda Jazz yang dinaiki, dipercayai dirempuh sebuah kereta Mercedes yang dipandu secara melawan arus di Kilometer 6.4, Jalan Ismail Sultan, Iskandar Puteri, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata dalam kejadian 4.20 pagi itu, mangsa yang maut merupakan pemandu dan penumpang Honda Jazz, iaitu seorang wanita dan seorang lelaki, kedua-duanya berusia 19 tahun.

Sementara itu, pemandu Mercedes iaitu lelaki berusia 30 tahun cedera parah dan sampel darahnya telah diambil, bagi tujuan analisa kandungan dadah dan alkohol.

“Punca kemalangan adalah daripada rempuhan kereta Mercedes tersebut, yang dipandu melawan arus.

“Bagaimanapun, pihak polis belum dapat pastikan sama ada pemandu terbabit di bawah pengaruh dadah atau alkohol, kerana masih menunggu keputusan sampel,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemandu Mercedes terbabit dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya, kedua mayat mangsa yang maut juga dibawa ke HSA untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri Pegawai Bomba Kanan II Hairulnizam Mohd Noh dalam kenyataan berasingan, berkata seramai 20 anggota termasuk dari BBP Larkin dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan.

Beliau berkata pihaknya membantu mengeluarkan kesemua mangsa terlibat daripada kereta masing-masing dan operasi ditamatkan pada jam 6.27 pagi. – 5 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related