◉ HEADLINES

2 warga emas maut Pajero langgar belakang treler di Slim River

Kenderaan Pajero melanggar bahagian belakang lori treler menyebabkan dua mangsa di dalamnya tersepit dan disahkan maut di tempat kejadian

11:35 AM MYT

 

IPOH – Dua warga emas maut apabila kereta pacuan empat roda yang mereka naiki melanggar sebuah treler di Kilometer 365 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Slim River, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata dalam kejadian pada 5.45 pagi itu, mangsa lelaki berusia 83 dan 76 tahun yang merupakan pemandu dan penumpang Mitsubishi Pajero itu tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kenderaan Pajero melanggar bahagian belakang lori treler menyebabkan dua mangsa di dalamnya tersepit dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pemandu treler, 31 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River telah mengeluarkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan ‘power unit’ serta ‘rescue tool’ dan mayat diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut. – 6 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related