◉ HEADLINES

3 kawasan di Johor catat IPU tidak sihat, Larkin tertinggi

Dua lagi kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat adalah Pasir Gudang (152) dan Batu Pahat (122)

9:48 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga kawasan di Johor mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 9 pagi ini.

Berdasarkan data dalam laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU tertinggi direkodkan di Larkin dengan 156.

Dua lagi kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat adalah Pasir Gudang (152) dan Batu Pahat (122).

Sementara itu, 55 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana (bawah 100), manakala 10 yang lain mencatatkan bacaan IPU yang baik (bawah 50).

Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. 

Orang ramai boleh melayari laman web http://apims.doe.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai bacaan IPU semasa.

Media sebelum ini melaporkan sejumlah 353 titik panas dikesan di Kalimantan dan 113 lagi di Sumatera, Indonesia, yang dijangka mengakibatkan jerebu di beberapa negara selatan Asean. – 7 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related