◉ HEADLINES

Simpan air secukupnya, kerja penyenggaraan LRA Sungai Langat bermula jam 9 pagi, Selasa ini

Pelaksanaan kerja-kerja tersebut akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di Wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat

4:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Air Selangor menasihatkan pengguna yang terjejas susulan kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat, Selasa ini untuk menyimpan bekalan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual itu.

Jurucakap Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, pelaksanaan kerja-kerja tersebut yang akan bermula pada jam 9 pagi Selasa ini, bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di Wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat.

Menurutnya, kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian itu dijangka siap pada jam 7 malam, hari yang sama.

“Bekalan air dijangka mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat-peringkat setelah kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian siap, serta apabila sistem agihan utama bekalan air distabilkan.

“Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari, Khamis ini,” katanya.

Katanya lagi, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

Pada masa sama, beliau berkata, Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Bagi pelanggan komersial pula, katanya, bekalan air terawat boleh dibeli di mana-mana kaunter khidmat pelanggan di seluruh wilayah Air Selangor.

“Bagi tujuan ini, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di dua stesen pengisian air yang akan dibuka di Sunway Batu Caves dan Selayang Mutiara.

“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300,” katanya. – 7 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related