◉ HEADLINES

Isu harga barang, beras, jerebu dan banjir jadi tumpuan Dewan hari ini

8:25 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu berkaitan kenaikan harga barangan, kekurangan bekalan beras putih tempatan (BPT), situasi semasa jerebu yang melanda negara serta kesiapsiagaan kerajaan menghadapi banjir antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan strategi dan usaha kementerian mengawal kenaikan mendadak harga barang khususnya barangan keperluan rakyat, sejak kebelakangan ini.

Doris Sophia mengemukakan soalan itu ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

Isu berkaitan banjir pula dikemukakan Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) yang ingin tahu jumlah dan lokasi pusat pemindahan sementara (PPS) kekal yang berjaya dibina setakat ini.

Pertanyaan diajukan kepada Perdana Menteri itu berikutan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 31 Januari lepas bahawa kerajaan akan membina PPS kekal di lokasi yang sentiasa mengalami banjir di seluruh negara.

Selesai sesi soal jawab, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dijadual memberi penerangan berhubung isu bekalan BPT, manakala Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memberi penerangan berkaitan situasi jerebu yang melanda negara.

Menteri Pertahanan turut dijadual memberi penjelasan berhubung Kumpulan Boustead yang merupakan satu daripada anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), manakala Menteri Dalam Negeri akan menerangkan isu reformasi penjara dan pusat tahanan.

Sebelum bermulanya sesi penerangan oleh kesemua menteri berkenaan, enam rang undang-undang bagi meminda beberapa akta juga akan dibentangkan bagi bacaan kali pertama. 

Ia adalah Rang Undang-Undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023, Rang Undang-Undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023, Rang Undang-Undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023.

Turut akan dibentangkan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023. – 9 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

TM Bukit Jalil to host star-studded AllStar Legends clash featuring Gerrard and football greats

Former Premier League and international stars led by Steven Gerrard will reunite at Bukit Jalil National Stadium on October 3 for the AllStar Legends exhibition match, as organisers promise fans a world-class football spectacle packed with nostalgia, entertainment and global star power

◉ Related