◉ HEADLINES

Kelibat Sophia Albarakbah di GV10 tak jejas konsentrasi Aliff Aziz, syukur isteri hadir beri sokongan

Menurut Aliff Aziz, dia tiada hak untuk menghalang sesiapa sahaja untuk datang menonton konsert itu yang terbuka kepada umum

7:43 PM MYT

 

SHAH ALAM – Kehadiran pelakon sensasi, Sophia Albarakbah di konsert All Star Gegar Vaganza (GV10) malam tadi, tidak menjejaskan konsentrasi Aliff Aziz untuk membuat persembahan.

Mengakui ternampak wajah Sophia sewaktu di atas pentas, kata Aliff, dia tiada hak untuk menghalang sesiapa sahaja untuk datang menonton konsert tersebut.

“GV adalah rancangan terbuka. Sesiapa pun dapat datang. Takkan kita nak kata orang ini boleh datang, orang ini tak boleh datang. Mungkin dia datang untuk enjoy the concert ataupun menemani sepupunya iaitu Aisha Retno.

“Untuk tanya saya tentang perasaan saya mengenai kehadiran dia, saya rasa kurang sesuai untuk saya jawab kerana ia akan membuatkan orang membuat spekulasi tentang perkara yang tidak sepatutnya,” katanya ketika ditemui pada sidang media sejurus tamat konsert.

Sophia Albarakbah di konsert GV10 bersama sepupunya, penyanyi, Aishah Retno – Tangkapan layar media sosial, 9 Oktober, 2023

Pada masa sama, isteri Aliff iaitu Bella Astillah turut hadir buat kali pertama untuk memberi sokongan kepadanya.

“Dua minggu Bella tak dapat datang atas komitmen kerja. Kali ini, Alhamdulillah dia dapat hadir tengok persembahan saya.

“Sebelum ini saya hanya mampu lihat isteri-isteri peserta lain seperti Hady Mirza dan Abang Ayai dan Ezad Lazim yang sentiasa menemani mereka.

“Bukanlah nak kata cemburu melihat mereka. Tetap bila ada isteri di sisi, lain rasanya. Itu yang saya rasai sewaktu GV8, bila Bella sentiasa ada dengan saya setiap minggu.

“Minggu ini bila nampak Bella depan mata, ia seakan memberikan saya ‘boost’ (suntikan semangat) untuk melakukan persembahan dengan baik. Bella juga sudah berjanji akan datang jika jadual kerjanya kosong pada hari konsert,” katanya.

Pada konsert minggu hadapan, Aliff bakal berduet dengan adiknya sendiri iaitu Aisyah Aziz menerusi lagu ‘If I Ain’t Got You’ – Gambar Astro, 9 Oktober, 2023

Pada konsert minggu hadapan, Aliff bakal berduet dengan adiknya sendiri iaitu Aisyah Aziz menerusi lagu ‘If I Ain’t Got You’.

Kata Aliff, dia sangat teruja kerana ini adalah kali pertama mereka berduet bersama.

“Bila saya nampak muka adik saya di skrin, saya rasa sangat terharu. Sepanjang saya bergelar seorang penyanyi sejak umur 16 tahun, saya tak pernah menyanyi bersama adik saya di atas satu pentas yang sama.

“Sejujurnya mungkin ini akan kedengaran agak bias (berat sebelah), tetapi saya merupakan peminat tegar adik saya,” katanya yang akan membawa ahli keluarganya dari Singapura untuk hadir menonton persembahannya nanti.

Pada konsert minggu ketiga, Aliff berjaya mendapat tempat keempat selepas membuat persembahan menerusi lagu ‘Kasih’ dendangan asal Hetty Koes Endang.

Ini kali pertama Aliff berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima teratas selepas dua minggu berturut-turut berada di kedudukan kurang memuaskan. – 9 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Popular

Penang Sukma rugby player dies after collapsing during training in Kulim

A 21-year-old Penang Sukma rugby player died after collapsing during a training session in Kulim, with police classifying the case as a sudden death pending further investigations and a post-mortem examination

PM congratulates national team on 2026 Sepak Takraw World Cup quadrant event victory

Malaysia lifted the inaugural quadrant trophy after defeating India 2–0 in the 2026 Sepak Takraw World Cup final last night at Titiwangsa Stadium here

Non-malays frustration and anger – William Leong Jee Keen

Non-Malay dissatisfaction with PMX and PH is understandable, yet William Leong stresses that abstaining from voting risks surrendering the nation’s future. He argues that reforms, though imperfect, are still vital to protect Malaysia’s democratic path

◉ Related