◉ HEADLINES

SPRM bongkar kegiatan tipu bekalan beras oleh sebuah syarikat di Kedah

Syarikat tersebut sebelum ini dipercayai mendapat kontrak pembekalan beras di Semenanjung Malaysia daripada sebuah syarikat pertanian milik kerajaan negeri

8:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar satu kegiatan penipuan pembekalan beras sebanyak 28,000 tan metrik bernilai RM100 juta melibatkan sebuah syarikat di Kedah yang menyebabkan kepincangan pengedaran dan penjualan bahan makan ruji itu di negara ini.

Menurut sumber SPRM, syarikat tersebut sebelum ini dipercayai mendapat kontrak pembekalan beras di Semenanjung Malaysia daripada sebuah syarikat pertanian milik kerajaan negeri bernilai lebih RM100 juta setahun, kira-kira tujuh tahun lepas.

“Berdasarkan kontrak itu, syarikat tersebut telah membuat pinjaman bank sebanyak RM30 juta sebagai pembiayaan projek terbabit beberapa tahun lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut sumber itu, pengarah syarikat berkenaan disyaki telah berpakat dengan seorang ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan negeri bagi mengesahkan pembelian dan penghantaran 28,000 tan metrik beras setahun, namun pembekalan itu tidak dibuat.

Katanya, sebelum ini syarikat itu telah mengemukakan dokumen dengan butiran matan palsu kepada pihak bank untuk tujuan permohonan pembiayaan pinjaman berkenaan dan telah menerima amaun sebanyak RM30 juta itu menerusi beberapa transaksi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – 9 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related