◉ HEADLINES

5 NGO sokong bentang RUU GEG

Petisyen itu diserahkan oleh Yang Dipertua IKRAM Health, Dr Mohd Afiq Nor kepada Perdana Menteri di lobi Parlimen hari ini

8:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan petisyen menyokong pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health), Malaysian Green Lung Association, Medical Mythbusters Malaysia, Majlis Kawalan Tembakau Malaysia dan Akademi Profesor Malaysia turut menggesa agar RUU itu disokong oleh semua Ahli Parlimen sebaik ia dibentang untuk bacaan kali kedua.

Dalam kenyataan bersama, lima NGO terbabit memaklumkan, ini kerana masalah merokok dilihat tidak dapat dibendung secara berkesan di bawah Akta Makanan dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau sedia ada.

“Mengikut petisyen yang dilancarkan, seramai 9.2 juta rakyat menyokong penuh usaha membentangkan RUU ini dengan peruntukan mengenai GEG mesti dilaksanakan. 

“Jika berjaya diluluskan, ia membuktikan Kerajaan Madani dan seluruh Ahli Parlimen mempunyai nilai kebertanggungjawaban yang tinggi dan tidak mudah tergugat dengan pengaruh pihak tertentu dalam menangani isu kritikal kelompangan undang-undang kawalan produk merokok terutama rokok elektronik,” katanya. 

Petisyen itu diserahkan oleh Yang Dipertua IKRAM Health, Dr Mohd Afiq Nor kepada Perdana Menteri di lobi Parlimen hari ini.

RUU tersebut, yang dibentang untuk bacaan kali pertama pada 27 Julai 2022 oleh Menteri Kesihatan ketika itu Khairy Jamaluddin, bertujuan mengawal penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau dan peranti merokok demi kesihatan awam dalam melahirkan generasi baharu bebas merokok.

Menurut Fasal 13 dan 14 RUU itu, penjualan dan pembelian apa-apa produk tembakau, produk pengganti tembakau atau peranti merokok adalah dilarang kepada mana-mana individu yang lahir mulai 1 Januari 2007.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata RUU itu dijangka dibentang untuk bacaan kali kedua di Parlimen hari ini.

Bagaimanapun ia ditangguhkan untuk dibahaskan hari ini. – 10 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related