◉ HEADLINES

Saya ada hak untuk pergi konsert GV dan sokong sesiapa sahaja: Sophia Albarakbah

Menurut Sophia, kehadirannya di konsert GV10 minggu lalu adalah untuk menemani sepupunya iaitu penyanyi Aisha Retno

8:34 PM MYT

 

PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Sophia Albarakbah menjelaskan dia hadir ke konsert All Star Gegar Vaganza (GV10) yang berlangsung Ahad lalu untuk menemani sepupunya Aisha Retno dan tiada kaitan dengan Aliff Aziz.

Menurut Sophia, dia menemani Aisha yang diundang untuk membuat persembahan di segmen Live Plus.

“Isu antara saya dan Aliff adalah perkara lama. Saya ada hak utk pergi Ke Gegar Vaganza dan sokong sesiapa sahaja.

“Lagipun saya terus pulang sejurus selepas Aisha buat persembahan,” katanya ketika ditemui pada sidang media filem Harimau Malaya:The Untold Journey, hari ini.

Malah, pelakon Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu berkata, dia tiada masalah sekiranya berada dalam satu majlis sama dengan Aliff.

“Kalau bertembung tiada masalah kerana kami masing-masing berada dalam industri yang sama,” katanya.

Beralih ke soal kerjaya seni, Sophia berkata, dia antara salah seorang pelakon dalam filem Harimau Malaya:The Untold Journey arahan Datuk Afdlin Shauki.

“Saya sangat gembira dan berbangga dapat terlibat dengan filem skuad Harimau Malaya. Bukan selalu peluang sebegini.

“Lagi pun ini pertama kali saya dapat berlakon di bawah arahan Datuk Afdlin Shauki,” katanya.

Filem Harimau Malaya:The Untold Journey yang diinspirasikan daripada kisah benar turut dibintangi oleh Syafiq Kyle, Aidil Aziz, Aiman Hakim Redza dan Zahirah McWilson. – 10 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Popular

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related