◉ HEADLINES

Puluhan ribu gagal Matematik, bahasa Inggeris, angka ini amat membimbangkan: Ka Siong

Seramai 90,000 calon SPM gagal Matematik manakala 52,000 lagi tidak lulus peperiksaan bahasa Inggeris

8:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong meluahkan kebimbangannya mengenai seramai 90,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gagal dalam Matematik manakala 52,000 lagi tidak lulus peperiksaan bahasa Inggeris.

“Sudah tentu ini angka yang membimbangkan. Jadi saya tanya Kementerian Pendidikan (KPM), apa inisiatif yang akan dilaksanakan bagi mengatasi kebimbangan ini?

“Menurut jawapan yang saya terima, KPM menyediakan peluang kepada calon untuk menduduki peperiksaan ulangan (SPMU) seperti lazimnya, tetapi hanya untuk tiga subjek iaitu bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik. Mungkin boleh tambah subjek Bahasa Inggeris?” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Ka Siong turut memuatnaik tangkap layar jawapan bertulis di Parlimen mengenai inisiatif dan pendekatan yang akan dilaksanakan KPM bagi menangani situasi itu.

Antara pendekatan yang dilaksanakan termasuk meneruskan Inisiatif Program Transformasi Daerah (DTP) yang berupaya membantu guru, termasuk program lain seperti Projek STEM Executive Consultation (STEMEC).

Ka Siong turut menekankan kepentingan agenda pendidikan seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang perlu mencapai matlamatnya.

“Syabas dan tahniah juga kepada guru yang sentiasa berhempas pulas dalam memikul amanah sebagai pendidik, semata-mata mahu memastikan anak didik berjaya,” katanya.

Orang ramai turut berkongsi cadangan tambahan mereka di ruangan komen hantaran tersebut.

Seorang pengguna Facebook, Najmi Razak berkata, mata pelajaran Matematik harus lebih dipraktikkan bersama pelajar.

“Guru tidak sepatutnya menunjukkan satu atau dua contoh mudah dalam buku teks, kemudian meminta pelajar menyelesaikan sendiri soalan yang sukar. Sepatutnya guru tunjukkan cara menyelesaikan 20 hingga 30 soalan dahulu,” kata Najmi.

Sementara itu, Pena Pena pula berkata, “terdapat banyak (yang perlu dipelajari) dalam sukatan pelajaran (pendidikan semasa) dan ia terlalu maju.

Beberapa netizen lain turut mencadangkan agar sukatan pelajaran di negara ini disemak semula. – 12 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related