◉ HEADLINES

Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik kepada 8%, tidak termasuk makanan, minuman dan telekomunikasi

Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, untuk tidak membebankan rakyat, cukai ini tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi

4:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang menaikkan cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus ketika ini, mulai tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, untuk tidak membebankan rakyat, cukai ini tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.

“Kerajaan juga akan meluaskan skop perkhidmatan bercukai meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penaja jaminan dan karaoke,” katanya pada pembentangan Bajet 2024 di Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan, berkata selain itu kerajaan akan menguatkuasakan pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac 2024.

“Kerajaan turut mempertimbangkan pengecualian Cukai Keuntungan Modal ke atas pelupusan saham berkaitan aktiviti tertentu seperti Initial Public Offering (IPO) yang diluluskan, penstrukturan dalaman dan syarikat modal teroka tertakluk kepada syarat ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar 5 hingga 10 peratus ke atas barang bernilai tinggi tertentu seperti barang kemas dan jam tangan berdasarkan nilai ambang harga barangan. – 13 Oktober, 2023.

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related