◉ HEADLINES

Bajet 2024: KPM kekal terima peruntukan terbesar, RM1.9 bilion naik taraf, selenggara sekolah

Peruntukan itu juga bagi menaik taraf bangunan dan prasarana di 450 sekolah daif di Sabah serta Sarawak

6:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sama seperti tahun terdahulu, Kementerian Pendidikan (KPM) terus menerima peruntukan dana tertinggi dalam Belanjawan 2024, iaitu sebanyak RM58.7 bilion, berbanding RM55.2 bilion pada 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada peruntukan itu, sejumlah RM1.9 bilion disediakan untuk menaik taraf dan menyelenggara sekolah di seluruh negara.

Katanya, ia merangkumi RM930 juta bagi kerja naik taraf bangunan dan prasarana daif di 450 sekolah, merangkumi 185 projek di Sarawak dan 155 di Sabah.

“Pendidikan kekal sebagai komponen utama yang menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan MADANI Kedua.

“Dana ini turut merangkumi RM1 bilion untuk penyelenggaraan di semua jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah agama, sekolah Tamil dan Cina, termasuk sekolah pendidikan khas dengan memberi tumpuan kepada keperluan pelajar autisme.

“Manakala, sebanyak 26 sekolah baharu akan mula dibina dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM2.5 bilion, antaranya sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laya-laya, Tuaran Sabah; SMK Baie, Bintulu, Sarawak; SMK Seri Melati, Kuantan, Pahang; SMK Bandar Universiti, Bandar Seri Iskandar, Perak serta SMK Binjai, Kota Bharu, Kelantan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2024 di Dewan Rakyat hari ini. – 13 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related