◉ HEADLINES

Dua jam Rolex milik pegawai kanan polis dibeli guna wang ibu, bapa

Dua jam tangan yang dimaksudkan adalah Rolex Sky Dweller dan Rolex GMT Master-II 9

6:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua utas jam tangan mewah jenama Rolex yang dimiliki seorang pegawai kanan polis dibeli daripada hasil wang hadiah pemberian ibu dan mendiang bapanya yang merupakan seorang ahli perniagaan berjaya.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad mengesahkan perkara berkenaan berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan jabatan itu.

“Bagaimanapun, JIPS akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, pemilikan jam tangan mewah itu menjadi perhatian ramai di media sosial selepas seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis lepas atas dakwaan mencuri dua jam tangan mewah milik suaminya dua tahun lepas.

Wanita yang kini dalam proses perceraian dengan suaminya yang juga pegawai polis itu dituduh mencuri jam tangan Rolex Sky Dweller dan Rolex GMT Master-II 9. – 14 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related