◉ HEADLINES

Usaha mereformasikan industri kreatif akan diteruskan: Fahmi

Beberapa pandangan daripada penggiat seni telah diterjemahkan melalui Belanjawan 2024 dan itu hanyalah permulaan

2:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Usaha mereformasikan industri kreatif akan diteruskan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Fahmi dalam ciapan di X hari ini berkata beberapa pandangan daripada penggiat seni telah diterjemahkan melalui Belanjawan 2024 dan itu hanyalah permulaan.

Beliau memasukkan petikan akhbar yang bertajuk ‘Inisiatif Belanjawan 2024 rancak peluang pekerjaan’ menggambarkan Presiden Seniman Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi, berterima kasih kepada Fahmi dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana mendengar serta menunaikan pelaksanaan segala yang diusulkan penggiat seni.

“Ini yang terbaik setakat ini selepas aduan demi aduan dibuat kepada menteri berbeza sebelumnya,” kata Zed Zaidi dalam petikan tersebut.

Fahmi berkata Zed Zaidi antara yang kritikal dengan beliau di awal pelantikannya sebagai Menteri Komunikasi dan Digital.

“Melalui sesi Townhall yang diadakan sejurus saya dilantik sebagai Menteri, saya dapat peluang mendengar sendiri pandangan dan cabaran anak seni, termasuk daripada Zed,” katanya.

Pada 16 Mac lalu, industri seni telah mengadu kepada Fahmi tentang duti hiburan 25 peratus yang terlalu tinggi.

“Respons saya, ini akan dibincangkan bersama Kementerian Kewangan,” katanya.

Jumaat lepas, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pengurangan duti hiburan kepada 10 peratus (artis antarabangsa) dan 0 peratus (artis tempatan).

Fahmi berkata dalam tempoh 10 bulan di Kementerian Komunikasi dan Digital, pelbagai cadangan yang diterima dan pelbagai masalah didengari.

“Tidak mudah untuk tunaikan semua, tapi saya perlu mulakan. Alhamdulillah, permintaan pemain industri seni ditunaikan. Duti hiburan dikecualikan bagi persembahan artis tempatan.

“Insya-Allah satu demi satu permasalahan industri ini akan saya selesaikan dengan mandat yang diamanahkan,” katanya. – 15 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

Jaya Grocer invests RM100 million in Malaysia’s first automated grocery warehouse

Jaya Grocer announces its largest investment yet, a state-of-the-art automated warehouse in Selangor, set to revolutionize supply chain efficiency, create high-skilled tech roles, and support Malaysia's digital economy

◉ Related