◉ HEADLINES

Tidak hadir pembentangan Bajet 2024, Hadi sudah maklum kepada speaker

Setiausaha Akhbar kepada Tan Sri Abdul Hadi Awang bagaimanapun tidak dapat mendedahkan lebih lanjut mengenai ketidakhadiran beliau

9:00 AM MYT

 


KUALA LUMPUR — Ketiadaan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika pembentangan Bajet 2024 Jumaat lalu, telah dimaklumkan kepada pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul minggu lalu.

Setiausaha Akhbar kepada Hadi, Abdul Malik Abdul Razak berkata berikutan itu, pejabat Johari telah mengambil maklum mengenai perkara berkenaan.

Malik bagaimanapun tidak dapat mendedahkan lebih lanjut mengenai ketidakhadiran Hadi.

“Perkara itu (ketidakhadiran Hadi) sudah dimaklumkan kepada pejabat Yang Dipertua beberapa hari sebelum pembentangan Bajet.

“Saya tidak boleh ulas mengenai sebab apa (Hadi) tidak dapat hadir, itu lebih baik pejabat Speaker yang ulas sebab kami dah hantar surat (pemberitahuan tidak dapat hadir),” katanya kepada Scoop.

Pada hari sama Bajet 2024 diadakan, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilihat menyertai Himpunan Taufan Palestin di Masjid Rusila, Marang, Terengganu – Gambar Facebook, 16 Oktober, 2023

Ketidakhadiran Hadi pada pembentangan Bajet 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat telah mengundang persoalan daripada netizen di media sosial apatah lagi beliau pada hari yang sama, dilihat menyertai Himpunan Taufan Palestin di Masjid Rusila, Marang, Terengganu.

Gambar tempat duduknya di dalam Dewan Rakyat, bersebelahan dengan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kosong, telah ditularkan di media sosial.

Pada pembentangan Bajet 2024, sebanyak RM393.8 bilion telah diperuntukkan, iaitu peruntukan terbesar dalam sejarah Malaysia. – 16 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related