◉ HEADLINES

MRT laluan Kajang alami gangguan, tren dipandu secara manual

Rapid Rail Sdn Bhd memohon maaf di atas kesulitan itu dan memaklumkan kerja pembaikan sedang dijalankan

9:49 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang mengalami kelewatan perkhidmatan akibat gangguan teknikal yang berlaku antara stesen Phileo Damansara dan Pusat Bandar Damansara, pagi ini.

Rapid Rail Sdn Bhd menerusi satu hantaran di aplikasi X memaklumkan, susulan gangguan itu, tren dipandu secara manual antara kedua-dua stesen berkenaan menghala ke Kajang.

“Tren akan bergerak perlahan dan berhenti lama di platform antara stesen Phileo Damansara dan Pusat Bandar Damansara.

“Kami memohon maaf atas kesulitan. Terima kasih atas kesabaran anda,” katanya.

Kelewatan itu menyebabkan beberapa pengguna meluahkan kemarahan mereka di aplikasi X.

“Berapa lama ni? Dalam tren lebih 30 minit tetapi masih belum sampai di Pasar Seni! Kami sudah lewat ke tempat kerja. Sangat mudah untuk anda katakan kelewatan akibat masalah teknikal,” kata Jasheela.

“Makin lama stop (berhenti) ni. Apahal? Dalam tren dah makin ramai orang. Hujan dah berbenti dah pun. Tak ada orang buat kerja ke?” soal M_AmrAbd.

“Dah okay ke belum?” soal Zalina yang ingin mengetahui perkembangan terkini perkhidmatan tersebut.

“Hello, tolong keluarkan kenyataan rasmi dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kami perlu memaklumkan pejabat mengenai kelewatan ini. Terima kasih,” kata Dhiviya.

Menjawab pertanyaan penumpang berhubung perkara itu, Rapid memaklumkan kerja pembaikan sedang dijalankan di laluan terjejas.

“Tren masih lagi di pandu manual antara stesen Phileo Damansara ke Pusat Bandar Damansara.

“Belum normal lagi. Kerja pembaikan sedang dijalankan. Kami memohon maaf atas kesulitan ini,” katanya.

Dalam hantaran pada jam 7.30 pagi tadi, Rapid turut memaklumkan, perkhidmatan MRT laluan Putrajaya mengalami kelewatan akibat gangguan suis.

Masalah teknikal itu menyebabkan tren bergerak perlahan dan berhenti lama di platform stesen Kwasa Damansara, Kampung Selamat dan Sungai Buloh. – 17 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Daylight heist at Brickfields: Armed gang storms jewellery shop, escapes in minutes

Guard assaulted as masked gang strikes mid-morning, fleeing with valuables in a tightly coordinated raid within minutes

[WATCH] Roblox, PS5, and online games not included in Malaysia’s under-16 social media restrictions: Teo Nie Ching

Deputy Communications Minister says phased Online Safety Act targets major social media platforms first, highlights govt’s measured rollout and parental responsibility in online safety

◉ Related