◉ HEADLINES

PM cadang perkongsian ekonomi komprehensif Asean-GCC untuk maksimumkan potensi ekonomi

Malaysia mencadangkan pembentukan CEPA, perjanjian penting untuk menggerakkan pertumbuhan yang progresif, inklusif dan mampan antara Asean dan Timur Tengah

10:34 PM MYT

 

RIYADH – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencadangkan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) (CEPA) untuk memaksimumkan potensi ekonomi kedua-dua rantau itu.

Beliau berkata cabaran daripada iklim geopolitik ketika ini memerlukan kedua-dua rantau itu mencipta semula semula kerjasama ekonomi antara sesama mereka. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cabaran daripada iklim geopolitik ketika ini memerlukan rantau ASEAN dan Timur Tengah mencipta semula kerjasama ekonomi antara sesama mereka – Gambar Pejabat Perdana Menteri, 20 Oktober, 2023

“Kita perlu mentransformasikan hubungan Asean-GCC untuk memaksimumkan potensi gabungan ekonomi dari rantau kita. Malaysia komited untuk melakukannya,” katanya pada Sidang Kemuncak Asean-GCC yang julung-julung kali diadakan, di sini, pada Jumaat.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia mencadangkan pembentukan CEPA, perjanjian penting untuk menggerakkan pertumbuhan yang progresif, inklusif dan mampan terutamanya ketika kita sedang berada dalam fasa pemulihan daripada pandemik COVID-19 dan berdepan dengan ketidaktentuan geo-politik.

“Ia akan menjadi Perjanjian Perdagangan Bebas yang pertama antara Asean dan Timur Tengah,” katanya.

Hubungan ASEAN, GCC makin berkembang pesat

Mengenai Sidang Kemuncak itu, Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia menandakan hubungan kedua-dua rantau itu kini berada di ambang era kerjasama baharu.

Menurutnya, hubungan Asean-GCC kini semakin berkembang kukuh sejak kali pertama ia terjalin secara rasmi pada 1990. 

“Kami telah meningkatkan matlamat kami dalam hubungan dengan GCC,” katanya ketika berucap pada sidang kemuncak itu.

Menurut Perdana Menteri, hubungan ASEAN-GCC kini semakin berkembang kukuh sejak kali pertama ia terjalin secara rasmi pada 1990 – Gambar Pejabat Perdana Menteri, 20 Oktober, 2023

Sidang kemuncak bersejarah itu dirasmikan oleh Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman. 

Presiden Indonesia, Joko Widodo, yang mengetuai Asean pada tahun ini, mempengerusikan bersama sidang kemuncak itu dengan Putera Mahkota Mohammed.

Sidang kemuncak pemimpin itu menghimpunkan bersama-sama dua blok utama yang terdiri daripada 10 negara anggota Asean dan enam anggota GCC – Arab Saudi, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Bahrain dan Oman.

Anwar berkata penerimagunaan Kenyataan Bersama sidang kemuncak itu dan Rangka Kerja Kerjasama yang disertakan akan menjadi bukti hubungan kukuh Asean-GCC.

“Kepentingan hubungan kita yang semakin matang dan meluas dicerminkan menerusi pelbagai isu seperti yang terkandung dalam dokumen yang diterima pakai,” katanya. – 20 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related