◉ HEADLINES

Konflik Palestin-Israel: 55 selebriti terkemuka Hollywood gesa Joe Biden lakukan gencatan senjata, ‘utamakan belas kasihan’

Kumpulan selebriti itu bersama penyokong industri hiburan menandatangani surat terbuka kepada pemimpin terbabit untuk mengambil tindakan berkenaan

4:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sekumpulan 55 selebriti terkemuka Hollywood serta penyokong industri hiburan, menandatangani surat terbuka kepada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bagi menggesa gencatan senjata dilakukan di Gaza dan Israel.

Antara selebriti itu adalah Joaquin Phoenix, Cate Blanchett, Jon Stewart, Kristen Stewart, Susan Sarandon, Mahershala Ali, Riz Ahmed, Ramy Youssef dan Quinta Brunson.

“Kami menggesa pentadbiran anda (Biden) dan semua pemimpin dunia, menghormati semua nyawa di tanah suci itu dan menyeru untuk memudahkan gencatan senjata tanpa sebarang tindakan melengahkannya bagi menamatkan pengeboman Gaza, selain melakukan pembebasan tebusan dengan selamat,” menurut petikan surat itu.

Kenyataan dikeluarkan menerusi pertubuhan Artists 4 Ceasefire itu, mengandungi komen daripada jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), James Elder yang menekankan, kemusnahan dicetuskan ke atas penduduk Gaza oleh serangan udara Israel secara berterusan, menyebabkan berlakunya sekatan air dan elektrik.

“Kanak-kanak dan keluarga di Gaza hampir kehabisan makanan, air, elektrik, ubat-ubatan serta akses selamat untuk ke hospital, selepas beberapa hari berlakunya serangan udara dan pemotongan semua laluan bekalan.

“Satu-satunya loji janakuasa Gaza yang ada, kehabisan bahan api pada petang Rabu, menutup bekalan elektrik, air dan rawatan sisa air. Kebanyakan penduduk tidak lagi boleh mendapatkan air minuman daripada pembekal perkhidmatan atau air isi rumah melalui saluran paip.

“Situasi kemanusiaan sudah mencapai tahap paling rendah, namun semua laporan menunjukkan akan berlaku serangan selanjutnya. Belas kasihan dan undang-undang antarabangsa mesti diutamakan,” kata Elder dalam kenyataannya.

Manakala, satu lagi surat menuntut gencatan senjata di Gaza dan pembukaan bantuan kemanusiaan di rantau itu, ditandatangani beberapa artis untuk Palestin UK, antaranya Tilda Swinton, Charles Dance, Steve Coogan, Miriam Margolyes, Michael Winterbottom, Mike Leigh dan Asif Kapadia.

Kandungan di dalam surat itu juga menuduh kerajaan British, ‘bukan sahaja bertolak ansur dengan jenayah perang, malah membantu dan bersubahat melakukannya’. – 21 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Popular

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sin Sze Si Ya Temple Pioneers of Kuala Lumpur Museum: a journey through history

If you are a local or a tourist looking for a starting point when visiting Kuala Lumpur, the Sin Sze Si Ya Pioneers of Kuala Lumpur Museum should be your first stop to understand the growth, development and community dynamics in this city.

◉ Related