◉ HEADLINES

Saudi Aramco komited perluas fasiliti di Pengerang: PM

Perdana Menteri berkata, perkara itu dinyatakan kepimpinan syarikat minyak dan gas terbesar dunia itu pada sesi perbincangan bersama semalam

12:14 PM MYT

 

RIYADH – Saudi Aramco komited untuk memperluaskan fasilitinya di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor, dengan menambah aktiviti hiliran petrokimia dan gas supaya ia menjadi hab terbesar di Asia Tenggara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dinyatakan kepimpinan syarikat minyak dan gas terbesar dunia itu pada sesi perbincangan bersamanya di Hotel Ritz-Carlton di sini pada pagi semalam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut bertemu dengan Menteri Perdagangan Arab Saudi Dr Majid Abdullah Alkassabi dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco Amin H Nasser untuk berbincang lebih lanjut mengenai rancangan pelaburan syarikat itu.

Sebelum ini, Saudi Aramco menyuarakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab perkembangan minyak dan gas Arab Saudi di rantau Asia Tenggara.

Pada 2017, syarikat minyak dan gas nasional Arab Saudi itu telah menjalin pelaburan bersama dengan Petronas di Pengerang.

Fortune Global 500 pada 2021 menyenaraikan Saudi Aramco di tempat keenam teratas sebagai syarikat paling untung di dunia, dengan perolehan berjumlah AS$105 bilion (AS$1=RM4.77).

Selain itu, Anwar berkata beliau turut menerima kunjungan hormat Gabenor Gabenor Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi Yasir ALRumayyan yang membincangkan prospek kerjasama dalam bidang pelaburan.

Malah, beliau berkata, PIF yang peranannya sama seperti Khazanah Nasional Bhd di Malaysia, bersetuju mengadakan kerjasama dengan Permodalan Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

“Ini selaras dengan usaha untuk meningkatkan pelaburan bersama bukan sahaja di Arab Saudi malah di Malaysia. Buat permulaan, ada hasrat untuk bekerjasama dengan melakukannya di Iraq dan benua Afrika,” kata beliau.

Perdana menteri turut berkongsi mengenai perkembangan menarik lain yang melibatkan beberapa syarikat Malaysia dalam projek-projek besar di Arab Saudi, termasuk pembinaan infrastruktur bagi projek NEOM.

Projek mewah Arab Saudi itu yang bernilai AS$500 bilion (RM2.24 trilion), mencatat rekod tersendiri apabila bakal menempatkan pencakar langit sepanjang 120 kilometer (km) dikenali sebagai ‘Mirror Line’ dan memberi kehidupan bandar menakjubkan pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Indutri (Miti) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) juga diarah untuk membantu aspek menyelaraskan usaha bagi meningkatkan pelaburan negara. – 22 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related