◉ HEADLINES

Takiyuddin dilantik semula setiausaha agung PAS, Ahmad Fadhli ketua penerangan baharu

Turut dikekalkan Iskandar Abdul Samad sebagai Bendahari, sementara Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor juga kekal sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya parti itu

4:43 PM MYT

 

SHAH ALAM — Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilantik semula sebagai Setiausaha Agung PAS bagi sesi 2023 hingga 2025.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pelantikan itu dibuat selepas dipersetujui melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, yang diadakan selepas selesai Muktamar ke-69 parti itu.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari, dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS baharu menggantikan Khairil Nizam Khirudin.

Turut dikekalkan ialah Iskandar Abdul Samad sebagai Bendahari, sementara Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor juga kekal sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya parti itu.

“Pelantikan jawatan utama itu adalah berdasarkan peruntukan Fasal 25 (4) Perlembagaan PAS yang dicadangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat,” katanya. – 22 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related