◉ HEADLINES

Lebih 50 orang maut dalam serangan Zionis di Gaza sejak awal pagi ini

Ia merupakan serangan berterusan yang masuk hari ke-16 hari ini

6:18 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 50 orang awam Palestin termasuk kanak-kanak, terkorban dalam dalam beberapa siri serangan Israel di Semenanjung Gaza, pada awal pagi waktu tempatan.

Ia merupakan serangan berterusan yang masuk hari ke-16 hari ini.

Agensi berita Wafa melaporkan, hospital mengesahkan lebih 50 orang terkorban dalam serangan di kawasan kediaman di seluruh semenanjung Gaza.

Di Rafah, jet pejuang Israel telah melancarkan beberapa serangan udara dengan rumah penduduk menjadi sasaran hingga mengakibatkan ramai kanak-kanak dan wanita terkorban.

Sebuah lagi jet pejuang juga mensasarkan kawasan Zawaida di tengah semenanjung Gaza. Serangan turut dijalankan di kawasan sekitar Hospital Al-Shifa, menyebabkan kecederaan kepada pelarian yang menduduki rumah-rumah di kawasan berkenaan.

Di Khan Younis, serangan Zionis turut mengakibatkan orang awam terkorban malah ada yang masih terperangkap di celah runtuhan bangunan.

Operasi menyelamat kini giat dijalankan bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

Rumah-rumah di bandar Beit Lahia di utara Gaza turut dihujani bedilan bom, menyebabkan sembilan orang maut.

Dalam pada itu, lima agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa dunia supaya menambah usaha membantu Gaza kerana krisis kemanusiaan di wilayah itu semakin mendesak.

Antara agensi terbabit adalah Program Pembangunan PBB (UNDP), Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), Program Makanan Sedunia (WFP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Setakat ini, lebih 4,000 penduduk Gaza terkorban termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa, dalam serangan berterusan zionis sejak 7 Oktober lalu. – 22 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related