◉ HEADLINES

Nadia Aqilah terpukau keunikan kain kelingkan, ‘Saya selalu rasa lahir di era yang salah’

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Nadia dilihat menggayakan selendang kelingkan yang cukup unik dan mempesonakan

12:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon utama filem Zaiton, Nadia Aqilah mengeluarkan kenyataan mengejutkan apabila memaklumkan dia dilahirkan pada era yang salah.

Apa sebabnya Nadia berkata demikian? Rupa-rupanya kenyataan itu ada kaitan dengan kain kelingkan, salah satu seni tenunan yang sudah pupus.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Nadia dilihat menggayakan selendang kelingkan yang cukup unik dan mempersonakan.

“Saya selalu rasa saya dilahirkan di era yang salah. Manis rasanya bila sarungkan kain kelingkan. Malangnya, kelingkan adalah seni yang sudah pupus.

“Secara peribadi, saya rasa, selain daripada material (bahan) mewah yang kita ingin buat pelaburan, kelingkan seharusnya berada di dalam senarai.

“Selendang yang indah disulam dengan logam bersalut emas, harus diwarisi oleh anak, cucu cicit kita,” katanya.

Nadia juga mengakui Malaysia sememangnya kaya dengan warisan budaya dan berharap agar seni tenunan itu dapat diangkat dengan lebih gemilang dan penuh kebanggaan.

“Saya bersyukur kerana dapat mempelajari mengenainya daripada Arja Art Academy dan Pertubuhan Kraf Malaysia untuk lebih kesedaran dan apreasiasi terhadap pakar artisan,” katanya.

Memang cantik betul kain kelingkan ini. Semoga ada usaha daripada kerajaan untuk memartabatkan seni tenun kelingkan seperti mana batik dan Tenun Pahang Diraja.  – 24 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Popular

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

No fiscal burden: Post-maternity allowance to support working mothers with no cost to employers: Perkeso

Perkeso says new scheme eases living costs and boosts female workforce participation

◉ Related