◉ HEADLINES

Letupan kecil di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan tiada mangsa terlibat dalam letupan itu, setakat jam 3 petang hari ini

3:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan berlaku letupan kecil di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang hari ini.

Bernama menerusi ciapannya di laman X memaklumkan, insiden itu berlaku di tingkat lima menara tersebut yang terletak di Jalan Sultan Salahudin dekat sini.

Agensi berita itu turut memuat naik video pendek menunjukkan sekumpulan individu berkumpul di luar bangunan terbabit.

Komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Rusdi Ismail menerusi satu kenyataan mengesahkan pemeriksaan di lokasi kejadian menunjukkan letupan kecil itu berpunca daripada kebakaran kabel bawah tanah berkeluasan 2x2kps.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian letupan itu pada pukul jam 2 petang.

Susulan itu, katanya, satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah jentera FRT dengan tujuh pegawai dikerah ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, pasukan itu tiba sembilan minit kemudian selepas panggilan dibuat.

“Letupan itu tidak menjejaskan struktur bangunan dan juga mangsa di lokasi.

“Kerja pembaikan telah diserahkan kepada pihak pengurusan bangunan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mereka juga mengesahkan tiada mangsa terlibat dalam letupan itu, setakat jam 3 petang hari ini.

“Laporan kebakaran menunjukkan letupan itu melibatkan kabel bawah tanah.

“Bagaimanapun, bekalan elektrik telah dipotong dan orang ramai di dalam bangunan itu sudah selamat dipindahkan,” katanya.

Tambahnya lagi, maklumat susulan akan diberikan dalam masa terdekat selepas siasatan awal mengenai punca letupan diselesaikan. – 24 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related