◉ HEADLINES

Julia dakwa Kim penyebab perpisahannya dengan Kanye, ‘saya hantar mesej kepada Ye beritahu saya sudah…’

Kata Julia, Kanye memberitahunya melalui telefon bahawa dia mendapat banyak maklumat mengenai dirinya menerusi Kim

5:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dalam memoir berjudul Down The Drain yang baru dilancarkannya, bekas kekasih Kanye West, Julia Fox mendedahkan mengenai ‘turun naik’ hubungannya dengan rapper terkemuka itu.

Dalam memoir terbabit, Fox mendakwa Kim Kardashian menjadi pencetus di sebalik perpisahannya dengan West yang menukar namanya kepada Ye sewaktu rapper itu dalam proses untuk bercerai dengan sosialit dan personaliti televisyen berkenaan.

Menurut model dan pelakon itu, dia dan Ye berpisah selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32 pada Februari lalu.

“Dia (Ye) kelihatan jauh dan sibuk pada acara mewah itu dan menghadiahkan beg Birkin kepada saya dan rakan terdekat saya.

“Ye juga membuat beberapa wanita di situ merakamkan semula pemberian beg itu beberapa kali dan ia menyebabkan saya mempersoalkan niat sebenarnya, malah merasakan semua ini adalah aksi publisiti,” katanya.

Fox kemudian mendakwa Ye meninggalkan tempat itu untuk menuju ke parti lain.

“Saya pergi bersamanya tetapi akhirnya menyesal dengan tindakan saya kerana ia menimbulkan banyak ketegangan antara kami.

“Keesokannya, saya hantar mesej kepada Ye beritahu saya sudah tidak seronok dengan hubungan ini. Ye kata, jika kamu mencintai saya, kamu akan menyokong saya,” katanya.

Menurutnya, ketika mereka bercakap kali terakhir selepas itu melalui telefon, Ye memberitahu dia mendapat banyak maklumat mengenai Fox menerusi perbualannya bersama Kardashian.

“Saya tidak tahu awak seorang penagih dadah katanya, seolah-olah saya menipunya. Saya dah beritahu awak! Pada ketika ini saya sudah mula menjerit,” sambung Julia yang cukup terbuka membicarakan mengenai ketagihannya terhadap heroin di dalam memoir itu.

Jelas Fox lagi, Ye kemudian terdiam.

Mengulas lanjut, wanita itu memberitahu dia meletakkan telefon kerana enggan Ye mendengarnya menangis dan memberitahu media bahawa hubungan mereka berakhir.

Selain itu, Fox mendakwa selepas dia dan Ye berpisah, perjanjian fesyen bernilai jutaan ringgit diperolehinya hilang serta-merta dan dia dimaklumkan ia disebabkan dirinya bukan lagi teman wanita artis berkenaan.

Ujarnya, dia merasa dipergunakan Ye untuk rancangan besarnya mendapatkan semula Kardashian dan berpendapat, ia perkara yang cukup memalukan.

Hubungan Fox dengan West menjadi sorotan media sejak Januari 2022, namun pada waktu sama, rapper itu memuat naik hantaran merayu dapat kembali semula kepada Kardashian, tetapi ia dipadam.

Kardashian memfailkan perceraian ke atas West hampir setahun lamanya dan West kini sudah mengahwini bekas pekerjanya di Yeezy, Bianca Censori pada November 2023.

Perkahwinannya dengan Bianca berlangsung dua bulan selepas dia dan Kim mengesahkan perceraian mereka. – 24 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Popular

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

◉ Related