◉ HEADLINES

Pamer bakat lakonan sebagai penjual daging kambing perap, netizen mohon KJ terus jadi pelakon

Khairy Jamaluddin telah berkongsi video lakonannya di akaun Instagram dan ia telah ditonton sebanyak 35,730 orang dalam tempoh satu jam

6:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas menjadi penyampai radio, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau KJ mencuba sesuatu yang baru pula iaitu sebagai pelakon iklan dengan menjadi penjual daging kambing perap.

Sambil menunggang motosikal di sebuah kampung, KJ turut bertutur dalam bahasa Negeri Sembilan ketika mempromosikan daging tersebut kepada penduduk di situ.

KJ telah berkongsi video lakonannya di akaun Instagram dan ia berjaya menarik perhatian ramai sehingga ditonton sebanyak 35,730 orang dalam tempoh satu jam.

“Memandangkan saya tengah free, dengan berbesar hati saya terima tawaran itu,” katanya menjelaskan tentang penglibatannya di dalam kempen tersebut.

Di ruangan komen ramai, netizen yang memuji bakat lakonannya yang dilihat cukup bersahaja.

Malah, ada yang mencadangkan supaya dia beralih cabang kerjaya sebagai pelakon pula selepas ini.

“Makin lama makin terserlah bakat KJ ni. Lepas ni tolong berlakon drama atau filem,” komen salah seorang netizen.

Di ruangan komen ramai, netizen yang memuji bakat lakonannya yang dilihat cukup bersahaja – Tangkapan layar Instagram, 25 Oktober, 2023

Bahkan, ada netizen sambil bergurau memberikan komen: “Tak pelik kalau tetiba tercalon bintang paling popular tahun depan.”

Ini bukan kali pertama KJ mempamerkan bakat lakonannya. Sebelum ini dia pernah membuat kemunculan istimewa dalam filem pendek arahan Elaine Daly berjudul Inspektor Mastura membawakan watak sebagai penjual ayam percik.

Beliau juga pernah bergandingan dengan Vanidah Imran pada tahun 2018 menerusi kempen pilihan raya. – 25 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Popular

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sin Sze Si Ya Temple Pioneers of Kuala Lumpur Museum: a journey through history

If you are a local or a tourist looking for a starting point when visiting Kuala Lumpur, the Sin Sze Si Ya Pioneers of Kuala Lumpur Museum should be your first stop to understand the growth, development and community dynamics in this city.

◉ Related