◉ HEADLINES

3 maut, seorang parah nahas dua kenderaan

PGO JBPM Selangor memaklumkan, punca kejadian masih dalam siasatan

2:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga maut manakala seorang parah dalam kemalangan dua kenderaan berhampiran Serendah Golf Resort, Jalan Kuala Kubu Bharu Rawang-Bukit Beruntung, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, kejadian itu membabitkan Toyota Avanza dengan Perodua Axia.

“Laporan awal mendapati empat mangsa terbabit, iaitu seorang lelaki dan wanita yang menaiki Toyota Avanza, masing-masing maut serta parah.

“Perodua Axia dipandu seorang lelaki dan seorang wanita maut di tempat kejadian, dengan mangsa yang parah diserahkan kepada pihak KKM (kementerian Kesihatan). Mangsa maut di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan yang turut.

Terdahulu, katanya, PGO JBPM Selangor menerima panggilan pada jam 11.06 pagi berhubung kejadian terbabit.

“Kes ini membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dengan dibantu BBP Rawang.

“Jumlah anggota yang terbabit misi adalah 11 orang dengan komander operasi adalah Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Yusof Bin Md Ali,” katanya.

Kenyataan sama memaklumkan, mangsa parah dibawa ke Hospital Selayang, manakala yang maut dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

Ujarnya, setakat ini, tiada maklumat mengenai destinasi dituju mangsa kerana tiada waris di lokasi kemalangan.

Malah, menurutnya, hubungan semua mangsa di dalam kedua-dua kenderaan itu juga belum dapat dipastikan setakat ini.

Katanya, punca kemalangan masih dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM). – 26 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related