◉ HEADLINES

Perjuangan Zamani di All Stars Gegar Vaganza berakhir, nyanyian kurang stamina punca tersingkir

Penyanyi itu yang membawakan lagu Kau Pergi Jua nyanyian asal Adam Ahmad gagal menambat hati juri sekali gus menduduki kedudukan tercorot

8:40 AM MYT

 

SHAH ALAM – Konsert All Stars Gegar Vaganza (ASGV) minggu keenam menyaksikan Zamani menjadi peserta kelima yang tersingkir daripada program tersebut.

Zamani yang membawakan lagu Kau Pergi Jua nyanyian asal Adam Ahmad gagal menambat hati juri sekali gus mendapat kedudukan tercorot dengan markah 56.50 peratus.

Juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat berpendapat nyanyian Zamani kurang stamina.

“Malam ini (tadi) saya rasa macam ada sedikit kesukaran dalam nyanyian Zamani. Ada isu dengan pernafasan. Nampak sukar nak sustain note (kekalkan not) dan di bahagian nada tinggi. 

“Lagu ini sepatutnya mudah untuk awak nyanyikan kerana ia ‘makanan’ awak. Tapi persembahan awak macam tak cukup stamina. Itu apa yang saya nampak,” katanya. 

Bagi ketua juri, Datuk Ramli MS, dia menyifatkan nyanyian Zamani paling lemah antara semua peserta bertanding.

“Dia ada masalah nak habiskan sebutan. Dia terlambat, muzik dah ke depan. Jadi kelam kabut,” katanya. 

Sementara itu, Zamani menyifatkan persaingan di ASGV sangat sengit kerana melibatkan juara setiap musim.

“Dah banyak minggu saya sering berada di kedudukan terbawah. Persaingan di ASGV ini sangat sengit kerana terpaksa bertanding dengan mereka yang bergelar juara. Saya pula terpilih melalui hot seat (kerusi panas).

“Adat pertandingan, ada yang kalah dan menang. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada seluruh produksi ASGV, barisan juri dan peminat yang menyokong saya,” katanya. 

Pada konsert minggu keenam itu, Liza Hanim sekali lagi muncul sebagai juara mingguan dengan mengumpul markah tertinggi sebanyak 76.75 peratus. – 30 Oktober 2023

Topics

 

◉ Popular

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

Penang Sukma rugby player dies after collapsing during training in Kulim

A 21-year-old Penang Sukma rugby player died after collapsing during a training session in Kulim, with police classifying the case as a sudden death pending further investigations and a post-mortem examination

◉ Related