◉ HEADLINES

PDRM setuju kerjasama dengan KPWKM tapis calon pengasuh: Nancy

Persetujuan itu dicapai dalam usaha untuk mengurangkan kes penderaan kanak-kanak di bawah jagaan pihak luar seperti di taska dan pusat asuhan

6:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersetuju untuk bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi saringan tapisan keselamatan calon yang ingin bekerja sebagai pengasuh.

Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata persetujuan itu dicapai pada pertemuannya dengan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pada minggu lepas dalam usaha untuk mengurangkan kes penderaan kanak-kanak di bawah jagaan pihak luar seperti di taska dan pusat asuhan. 

“Saya telah memohon supaya mereka (polis) membantu melakukan tapisan kepada pengasuh ini, jadi setakat ini mereka setuju,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Usaha sama Strategik@Advokasi Antigangguan Seksual bersama Express Rail Link (ERL) Sdn Bhd di sini hari ini.

Beliau berkata KPWKM dan PDRM akan mengadakan perbincangan lebih lanjut bagi memformalkan berhubung perkara itu.

Menurutnya proses pengambilan pengasuh perlu diperketatkan bagi menjaga kebajikan dan keselamatan kanak-kanak serta mengurangkan risiko penderaan kanak-kanak.

“Baru-baru ini (ada laporan) melibatkan bukan orang tempatan (menjadi pengasuh) dan ini menjadi cabaran, kita mahu tindakan diambil kerana mungkin orang itu datang ke mari (Malaysia) bukan untuk bertugas sebagai pengasuh kerana mereka tidak ada permit untuk bertugas sebagai pengasuh,” katanya.

Dalam pada itu, Nancy berkata pihak kementerian juga akan membuat lawatan mengejut ke premis taska bagi tujuan pemantauan berkala.

Sementara itu, beliau berkata Program Usaha sama Strategik @Advokasi Antigangguan Seksual merupakan kesinambungan kepada Jerayawara KASIH KPWKM @advokasi antigangguan seksual.

Katanya program itu bertujuan memberikan kesedaran dan pendidikan mengenai gangguan seksual supaya budaya menormalisasikan gangguan seksual dapat dihapuskan. – 31 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related