◉ HEADLINES

Semoga Allah permudahkan urusan pikul amanah diberikan: Annuar

Mantan pemimpin Umno itu bersama dengan Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai AJK PAS hari ini

10:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mantan pemimpin Umno, Tan Sri Annuar Musa yang baharu dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS memaklumkan bersedia berkhidmat kepada parti bagi meneruskan perjuangan bersama saf kepimpinan sedia ada.

Beliau yang juga Pengerusi Muafakat Nasional (MN) berkata, beliau dimaklumkan mengenai pelantikan tersebut oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan hari ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang memberikan kepercayaan kepada saya.

“Sebagai ahli parti saya sedia berkhidmat kepada parti bagi meneruskan perjuangan PAS bersama saf kepimpinan sedia ada,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, beliau akan bertemu dengan Hadi dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan dan panduan seterusnya.

“Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan dalam memikul amanah yang diberikan ini,” katanya.

Awal hari ini, Takiyuddin mengumumkan Annuar dan Datuk Seri Shahidan Kassim antara sembilan nama yang dilantik sebagai AJK PAS.

Beliau berkata, pelantikan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat semalam berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan Fasal 26 Perlembagaan parti berkenaan.

Annuar menyertai PAS selepas dilucutkan keahlian Umno, susulan didapati melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan Umno mengikut Fasal 10.6.

Namun, selepas disingkirkan, beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh memperkenalkan NGO baru dikenali MN dan mengumumkan bersama PAS.

Sementara itu, Shahidan, 72, membuat keputusan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) yang turut disertai PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), selepas namanya digugurkan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Parlimen Arau.

Malah, beliau yang sebelum itu bersama Umno selama puluhan tahun, mengumumkan menyertai PAS kerana mahu berjihad dan mencari keredaan Allah. – 31 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related