◉ HEADLINES

‘Curang itu pilihan, bukan satu kesilapan’ – ibu Aliff Syukri

Rozita berkata, mana-mana individu tidak patut selesaikan masalah dengan berbuat dosa, sebaliknya menerusi penerapan ilmu agama

6:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ibu kepada usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim memang sentiasa menggunakan platform media sosialnya untuk menyampaikan kata nasihat dan berbentuk motivasi kepada pengikutnya.

Terbaru, Rozita yang mesra disapa Bonda menyentuh topik cukup menarik, iaitu kecurangan yang semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat pada masa ini.

Siapa yang makan cili, pasti akan terasa pedas dengan hantaran dimuat naik Rozita itu.

Kata Rozita, curang itu adalah pilihan yang dilakukan atas kehendak diri kita sendiri.

“Curang itu pilihan dan bukan satu kesilapan. Kalau sunyi? Boleh call kawan yang baik sembang benda ilmu.

“Kalau bosan? Boleh layan hobi dengan kawan sejenis kita. Kau tak dapat perhatian? Banyakan baca Quran atau cari duit.

“Kau takut jatuh hati? Usahakan berhenti hubungi orang tu, elak ada hubungan. Jangan mulakan benda haram! Nampak?” tulisnya.

Jelas Rozita lagi, usah selesaikan masalah hidup dengan berbuat dosa, sebaliknya selesaikan dengan agama dan cari sumber ilmu yang mendekatkan diri pada agama.

“Allah akan buka jalan dengan rahmat-Nya yang lebih aman dan berkah berpanjangan. Nafsu seks ternyata bukan penyebab utama perselingkuhan (curang). Tapi, penyebab utama perselingkuhan adalah kelaparan emosi!

“Kelaparan emosi adalah bila dia selalu nak dengan kepuasan emosi, nafsunya. Dia akan merasa semangat kerana dia merasa dihargai, rasa dihormati, disanjung oleh isterinya.

“Kalau dia tidak mendapatkan itu dari isterinya dia akan mencari di luar dan akan ramai wanita yang bersiap untuk memberikannya.

“Bagi wanita, dia lapar akan ikatan emosi yang dalam dia rindu dia boleh duduk bercakap dan mencurahkan isi hatinya, mengeluh dan suaminya nak bersedia duduk dengar cerita dia.

“Kalau ini tidak didapati daripada suaminya, maka lelaki lelaki di luar sana pun akan siap siaga untuk mendengarnya.

“Perselingkuhan berada berawalnya dari niat dan dihujung jari zaman kini! Ini zamannya akhir yang fitnah doa datang ke rumah melalui internet,” katanya lagi.

Ia memang sebuah perkongsian menarik dan mungkin ia boleh dijadikan renungan bagi sesiapa yang berhajat curang pada saat ini.

Jauhkanlah diri daripada sikap curang. – 3 November, 2023

Topics

 

◉ Popular

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related