◉ HEADLINES

Transformasi digital tidak sesekali pinggir penduduk pedalaman, miskin bandar: PM

Soal transformasi digital memerlukan pendekatan baharu atau anjakan daripada kerangka pemikiran lama kepada sesuatu yang sangat mendesak

2:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Transformasi digital negara yang sedang rancak dilaksanakan tidak akan sesekali meminggirkan penduduk di kawasan pedalaman dan miskin bandar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, soal transformasi digital memerlukan pendekatan baharu atau anjakan daripada kerangka pemikiran lama kepada sesuatu yang sangat mendesak.

Katanya, Malaysia harus belajar daripada pengalaman negara lain yang mencapai kemajuan dan perkembangan selain bukan sahaja meneroka keadaan mendesak dalam negara, malah melihat perkembangan sejak 10 tahun lalu.

“Supaya kita tidak terlibat dalam beberapa kesilapan lalu, mungkin kita tidak mampu melengah-lengahkan tindakan.

“Transformasi digital ini seolah-olah menggapai langit, bukan sahaja cuba meneroka yang baharu, tetapi menggapai yang betul-betul baharu, mencabar, belum selesa dan biasa dengan rakyat.

“Tapi cabarannya juga untuk berakar di bumi. Sebab itu kita bicara mengenai penglibatan ramai yang lebih inklusif, supaya dalam menggapai langit itu, tidak meninggalkan rakyat di bawah terutama (mereka) di kawasan pedalaman dan miskin bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Malaysia Digital Expo (MDX2023) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, Malaysia mengunjurkan ekonomi digital negara menyumbang 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2025, iaitu melonjak berbanding 23.2 peratus pada masa ini.

Menurutnya, ekonomi digital negara adalah salah satu daripada tonggak ekonomi utama Malaysia.

“Suku ketiga 2022 sahaja, ekonomi digital memperoleh pelaburan sebanyak AS$15.7 bilion (kira-kira RM73.24 bilion), mengukuhkan statusnya sebagai satu daripada sektor paling pesat berkembang.

“Usaha ditumpukan menerusi inisiatif strategik nasional Malaysia Digital (MD) pada sembilan sektor penting, iaitu perdagangan, pertanian, perkhidmatan, bandar pintar, penjagaan kesihatan, kewangan, kandungan, pelancongan dan ekonomi digital Islam.

“Sektor digalakkan ini, mempunyai potensi pertumbuhan besar, menawarkan banyak peluang dan penting dalam memacu peralihan Malaysia kepada ekonomi digital,” katanya. – 6 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related