◉ HEADLINES

Wanna Ali lebih senang berganding dengan lelaki bujang, ‘namun Alif Satar berbeza’

Menurut Wanna, agak sukar mencipta ‘chemistry’ dengan pelakon berstatus suami orang kerana ada antara mereka meletakkan had

12:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon, Wanna Ali mengakui lebih senang bergandingan dengan pelakon lelaki berstatus bujang, berbanding suami orang.

Menurut Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali, 25, adakalanya sukar untuk dia mencipta ‘chemistry’ (keserasian) dengan pelakon sudah berkahwin.

“Saya sebenarnya lebih senang dengan yang bujang kerana ‘feeling’ (perasaan) itu lebih sampai. 

“Saya pernah berlakon dengan seseorang yang membataskan lakonan dia kerana statusnya. Orang pun tahu siapa pasangan dia. 

“Saya sudah berikan sepenuhnya, tetapi saya dapat rasa dia meletakkan batas dalam lakonannya,” katanya ketika ditemui di sidang media drama Bukan Sekadar Lafaz. 

Namun, kata Wanna, dia memberi pengecualian kepada Alif Satar yang bergandingan dengannya dalam drama bersiri Bukan Sekadar Lafaz yang sedang ditayangkan di slot Akasia TV3.

“Dengan Alif berbeza. Dia pandai kawal situasi. Kalau tengok drama kami, dia lebih dominan berbanding saya. Saya suka bila dia mengawal setiap babak dan emosi. 

“Sebagai pasangan, semestinya lelaki perlu jadi lebih dominan kerana dia yang mahu memenangi hati perempuan. Lainlah kalau saya bawa watak penyondol,” jelasnya. 

Tambahnya, Alif banyak membantunya di set untuk membawakan watak sebagai Asyikin.

“Saya dah banyak kali bawa watak seperti ini. Tetapi tanpa bantuan pasangan pelakon tak mungkin saya dapat jayakan watak ini dengan baik.

“Alhamdulillah maklum balas dari penonton juga sangat bagus. Yang penting chemistry kami menjadi. Nampaklah ramai orang tersengih-sengih di hadapan TV,” kongsinya.

Selain Wanna serta Alif, drama itu menyaksikan kemunculan semula pelakon dan pengarah terkenal, Dr Ahmad Idham ke kaca televisyen selepas lebih 10 tahun.

Ia turut dibantu Yuna Rahim, Malek McCrone. – 7 November 2023

Topics

 

◉ Popular

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related