◉ HEADLINES

Bukan kes culik tapi lari pemeriksaan polis

Dua lelaki warga asing ditahan di depan sebuah hotel di Taman Semarak 1, Nilai, Negeri Sembilan pada 31 Oktober lalu

8:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan kejadian culik yang tular di media sosial baru-baru ini tidak benar, sebaliknya kes melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Sepang Putra, Sungai Pelek, Sepang pada 31 Oktober lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan pada 9.30 pagi berkaitan sebuah kereta mencurigakan di depan sebuah kedai dobi di Sepang Putra pada Selasa lepas.

Menurutnya, anggota dari Balai Sungai Pelek ke lokasi untuk membuat pemeriksaan namun pemandu kereta itu enggan memberikan kerjasama sebelum bertindak melanggar motosikal polis yang diletakkan di tepi jalan dan memecut meninggalkan kawasan berkenaan.

“Polis menahan dua lelaki warga asing di depan sebuah hotel di Taman Semarak 1, Nilai, Negeri Sembilan kira-kira jam 1 tengah hari, hari yang sama,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang didapati positif dadah jenis methamphetamine itu direman 14 hari sehingga 18 November ini, bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 186 dan 427 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta melakukan khianat.

Baru-baru ini, tular di aplikasi WhatsApp video memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna kelabu didakwa menculik murid sekolah dan kanak-kanak yang bermain di luar rumah di sekitar Sepang dan Negeri Sembilan. – 8 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

Penang Sukma rugby player dies after collapsing during training in Kulim

A 21-year-old Penang Sukma rugby player died after collapsing during a training session in Kulim, with police classifying the case as a sudden death pending further investigations and a post-mortem examination

◉ Related