◉ HEADLINES

Bajet Selangor: Anak Selangor lanjut pengajian ke IPT diiktiraf dapat bantuan RM1,000

Bantuan itu diberikan khusus kepada anak Selangor yang melanjutkan pendidikan ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang diiktiraf

5:27 PM MYT

 

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan meneruskan insentif Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) dengan peruntukan sebanyak RM3 juta.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, menerusi HPIPT, bantuan RM1,000 diberikan khusus kepada anak Selangor yang melanjutkan pendidikan ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang diiktiraf.

“Ia bermula dari peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

“Antara syarat kelayakan ialah keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Selangor 2024 bertema Selangor Mandiri:Memacu Kemajuan, Memicu perpaduan di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini. – 10 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related