◉ HEADLINES

Jom sertai kempen ‘11 minit Untukmu Palestin’ malam esok

Orang ramai diajak bergelap bermula 9 malam hingga 9.11 malam sebagai simbolik bersama merasai penderitaan penduduk Gaza

9:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rakyat di negara ini digesa untuk turut serta dalam kempen ’11 minit Untukmu Palestin’ esok sebagai tanda solidariti kepada penduduk Gaza yang terus dizalimi rejim Zionis ketika ini.

Kempen yang digerakkan Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) itu mengajak orang ramai untuk bergelap selama 11 minit bermula jam 9 malam hingga 9.11 malam.

Tindakan itu sebagai simbolik bersama merasai penderitaan rakyat Palestin yang disekat haknya untuk hidup bebas di negara mereka.

Sepanjang tempoh bergelap, orang ramai juga diminta untuk membaca doa Qunut Nazilah, bertafakur dan berdoa untuk kesejahteraan rakyat Palestin.

Pada masa sama, orang ramai turut diminta merakamkan foto dengan simbol genggaman tangan GSPP dan memuat naiknya di media sosial bersama hashtag #SebarkanKemenangan dan #AkhiriPenjajahan.

Sepanjang tempoh bergelap, orang ramai juga diminta untuk membaca doa Qunut Nazilah, bertafakur dan berdoa untuk kesejahteraan rakyat Palestin – Gambar ihsan GSPP, 10 November, 2023

Ketika ini, sekurang-kurangnya 10,812 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Ashraf al-Qudra berkata, Israel melancarkan serangan bom ke atas bangunan Hospital Al-Shifa sebanyak lima kali sejak malam tadi.

“Mereka membedil jabatan bersalin dan bangunan klinik pesakit luar. Seorang maut manakala beberapa lagi cedera dalam serangan awal pagi itu,” katanya.

Susulan itu, saksi berkata, orang ramai mula meninggalkan kawasan hospital kerana bimbang rejim Zionis akan melancarkan serangan susulan.

Malah, Israel turut memberi amaran kepada orang ramai supaya berpindah tetapi al-Qudra berkata adalah mustahil untuk berbuat demikian.

“Kami bercakap mengenai 45 bayi dalam inkubator, 52 kanak-kanak di unit rawatan rapi (ICU), ratusan pesakit yang cedera, dan puluhan ribu mangsa yang hilang tempat berlindung,” katanya. – 10 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related