◉ HEADLINES

Jom tonton filem menarik di pawagam sempena Deepavali

Deepavali tahun ini menyaksikan beberapa filem hebat yang dibintangi pelakon popular ditayangkan di pawagam untuk ditonton bersama keluarga dan rakan

10:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tahun ini, Deepavali disambut pada hujung minggu, iaitu Ahad, 12 November menjadikan ramai rakyat Malaysia mengambil peluang bercuti panjang.

Selain berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan, antara lokasi sering dikunjungi ketika musim perayaan tentunya pawagam.

Malah, tahun ini menyaksikan banyak filem menarik menghiasi pawagam sempena Deepavali.

Di sini, Scoop senaraikan empat filem menarik boleh ditonton pada musim perayaan ini.

Tiger 3

Filem dibintangi superstar Bollywood, Salman Khan dan Katrina Kaif ini filem sekuel ketiga selepas Ek Tha Tiger dan Tiger Zinda Hai. Tiger 3 turut dibintangi Emraan Hashmi. Menariknya, Shah Rukh Khan dan Hrithik Roshan dikhabarkan membuat kemunculan istimewa dalam filem ini.

Japan

Filem Tamil ini dilakonkan aktor handalan, Karthi dan filem ke-25 dibintanginya. Selain Karthi, filem arahan Rajamurugan ini dibintangi Anu Emmanuel dan Sunil. Japan mengisahkan mengenai perompak bernama Japan yang mencuri barang kemas bernilai 200 juta rupees (RM11.3 juta).

Jigarthanda Double X

Filem aksi komedi Tamil ini adalah sekuel kepada filem Jigarthanda yang diterbitkan pada 2014. Diarahkan Karthik Subbaraj, filem ini dibintangi ramai pelakon, termasuk Raghava Lawrence, S.J. Surya, Nimisha Sajayan, Tom Chacko dan Sathyan. Ia mengisahkan mengenai seorang gangster yang mempunyai impian untuk bergelar pelakon.

The Marvels

Filem The Marvels adalah sekuel kepada filem Captain Marvels yang diterbitkan pada 2019. Brie Larson kembali memegang watak sebagai Captain Marvel. Selain Brie, filem arahan Nia Dacosta ini dibintangi Teyonah Paris, Iman Vellani, Zawe Ashton, Samuel L Jackson dan pelakon dari Korea, Park Seo Joon. – 11 November, 2023

Topics

 

◉ Popular

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Police bust RM13.34m marijuana syndicate, seize 166kg of cannabis buds in KLIA, Sepang raids

A series of coordinated raids at KLIA Terminal 1 and Kota Warisan led to the arrest of five suspects and the seizure of 166.2kg of marijuana buds believed to have been destined for the European market

◉ Related