◉ HEADLINES

Suri rumah ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman di dada

Polis berkata, setakat ini, tiada unsur-unsur jenayah dalam kejadian ini

12:42 PM MYT

 

MELAKA – Seorang suri rumah ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman senjata tajam di dada di dalam tandas rumahnya di Taman Vista Kirana, Bukit Katil di sini petang semalam.

Ketua polis daerah Melaka Tengah Christopher Patit berkata mayat mangsa, Tan See Jie, 34, ditemukan ibu saudaranya, Lim Geok Leng, 65, dalam keadaan berlumuran darah dalam bilik mandi rumah tersebut pada kira-kira 3.30 petang.

“Siasatan awal mendapati mangsa maut dengan terdapat tiga kesan tikaman di dada kiri berkedalaman antara 2 hingga 3 sentimeter. Sebilah pisau juga ditemukan masih terpacak di dada kiri mangsa.

“Semasa kejadian wanita itu hanya tinggal bersama ibu saudara dan anak lelakinya berumur 7 tahun, manakala suami mangsa tiada di rumah kerana bekerja di luar kawasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Christopher berkata semakan rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian mendapati tiada sebarang pergerakan keluar masuk ke dalam rumah melalui pintu hadapan dan pintu belakang.

Beliau berkata pemeriksaan di kawasan sekeliling dan dalam rumah juga mendapati tiada kesan geledah atau kesan selerak.

“Setakat ini, tiada unsur-unsur jenayah dalam kejadian ini dan mayat diserahkan kepada Unit Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat pada hari ini bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya. – 12 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related