◉ HEADLINES

Culas, degil bayar tunggakan, DBKL kunci air penyewa

Tindakan itu diambil selepas pelbagai kaedah untuk mengingatkan dan memudahkan mereka membuat bayaran tidak diambil peduli

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Walaupun pelbagai peringatan dan peluang diberikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), masih ramai penyewa culas menyelesaikan tunggakan sewa, sehingga memaksa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu melaksanakan Operasi Kunci Air (OKA).

DBKL memaklumkan, terbaharu pihaknya mengenakan tindakan itu ke atas penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah dan PPR Batu Muda.

Menurutnya, sebelum tindakan itu diambil semalam, DBKL melaksanakan pelbagai cara bagi mengingatkan dan memudahkan penyewa untuk membayar tunggakan sewa.

“Notis peringatan sudah dikeluarkan, pertemuan bersemuka dibuat bagi membolehkan penyewa berbincang dan melakukan penstrukturan pembayaran, malah pihak DBKL membuka kaunter bergerak untuk memudahkan urusan mereka dalam membayar tunggakan berkenaan.

“Sehubungan dengan itu, pihak DBKL mengambil langkah mengunci air kepada mereka yang masih berdegil dan bagi membuka semula air dikunci, penyewa hendaklah menjelaskan tunggakan sewa yang ada,” katanya.

Dalam masa sama, DBKL mengingatkan penduduk di Perumahan Awam (PA) dan PPR lain yang mempunyai tunggakan sewa dan belum dikenakan tindakan itu, segera menjelaskan bayaran.

“Kepada penyewa yang mempunyai tunggakan dan belum diambil tindakan, mereka masih ada masa untuk menjelaskannya atau berjumpa pihak DBKL untuk berbincang mengenai kaedah terbaik dalam menyelesaikan tunggakan terbabit.

“Operasi ini akan diteruskan di kawasan PA dan PPR lain dari semasa ke semasa. Ingat, ‘Bayar Sewa, Jelas Tunggakan, Elak Tindakan’,” katanya. 

Sebelum ini, DBKL melaksanakan OKA di kawasan PPR Perkasa dan Seri Alam pada September lalu. – 14 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related