◉ HEADLINES

Ifa Raziah himpunkan 1,000 selebriti, pengunjung di Himpunan Kemanusiaan Palestin

Program tersebut dirangka sebagai salah satu aktviti dalam acara Starvendors Penang Foodstival 2023 yang telah berlangsung pada 10 hingga 12 November lalu.

8:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Demi solidariti kepada rakyat Palestin, selebriti dan usahawan popular, Ifa Raziah telah menghimpunkan kira-kira 1,000 orang yang terdiri daripada selebriti serta pengunjung di Himpunan Kemanusiaan Palestin di Juru Auto City, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Program tersebut dirangka sebagai salah satu aktiviti dalam acara Starvendors Penang Foodstival 2023 yang telah berlangsung pada 10 hingga 12 November lalu.

Selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Starvendors, Ifa atau Saripah Raziah Mustapha memanjatkan kesyukuran dan berterima kasih kepada pengunjung yang hadir ke himpunan tersebut yang telah memberikan sokongan terhadap usaha solidariti kepada saudara Islam di bumi Gaza.

“Himpunan ini adalah yang pertama diadakan di Juru, Pulau Pinang. Dalam kita bergembira, jangan dilupakan saudara Islam kita di Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim zionis Israel.

“Kami di sini turut bersedih dengan apa yang berlaku di sana. Angka kematian terus meningkat kepada lebih 11,000 orang, membabitkan lebih 4,500 kanak-kanak, 3,027 wanita dan lebih 600 warga emas manakala 27,490 orang cedera,” katanya.

Ifa Raziah himpunkan 1,000 selebriti dan pengunjung di Himpunan Kemanusiaan Palestin. – Gambar Ifa Raziah

Turut diundang pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar untuk memberikan tazkirah berkenaan isu peperangan yang melanda Gaza.

“Selain ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Wadi, kami juga bersama Pertubuhan Khidmat Ummah turut membuat kutipan untuk Misi Bantuan yang akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan di sana.

“Ingat, anak Melayu, Cina, India dan Palestin itu semua adalah anak kita!,” ujarnya.

Mengulas mengenai Starvendors Penang Foodstival, Ifa memberitahu dia membawa lebih 45 selebriti dan pempengaruh media sosial tanah air bagi memeriahkan karnival tersebut.

“Alhamdulillah, kita berjaya pecahkan rekod Malaysia Book of Records untuk penganjuran festival makanan di Pulau Pinang.

“Sambil menjual barangan, ada juga artis seperti Mila Jirin yang menyumbang hasil jualannya ke Tabung Palestin.

“Terima kasih kepada semua barisan selebriti, pempengaruh, vendors dan penaja-penaja kami yang terus memberi sokongan kepada Starvendors,” katanya. – 15 November, 2023

Topics

 

◉ Popular

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related