◉ HEADLINES

Beckham hargai layanan istimewa SRK ‘anda dan keluarga dialu-alukan datang ke rumah saya’

Bintang Bollywood itu mengundang Beckham datang ke kediamannya di Mumbai sewaktu legenda bola sepak tersebut berkunjung ke India baru-baru ini

5:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sewaktu lawatannya ke India sebagai Duta Muhibbah Unicef, legenda bola sepak, David Beckham meluangkan masa untuk bertemu personaliti Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) dan Sonam Kapoor.

Baik Sonam mahupun SRK, kedua-duanya mengundang Beckham ke kediaman mereka di Mumbai.

Malah, mereka turut menulis nota mengalu-alukan kedatangan suami Posh Spice itu di Instagram masing-masing.

Tidak lama selepas itu, Beckham pula memuatnaik hantaran di akaun Instagram miliknya untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada SRK dan Sonam di atas layanan mesra mereka.

Menggelar SRK sebagai rakannya, Beckham berkata, dia amat berbesar hati apabila diundang menjadi tetamu di rumah bintang Bollywood itu.

“Berbesar hati dialu-alukan ke rumah lelaki hebat ini. Untuk menikmati hidangan bersama Shah Rukh Khan, Gauri Khan, anak-anak mereka dan sahabat rapat, cara istimewa untuk menamatkan lawatan pertama saya ke India.

“Terima kasih sahabat saya. Anda dan keluarga dialu-alukan pada bila-bila masa di rumah saya,” tulisnya.

Mengenai sambutan meriah yang diterima daripada Sonam dan suaminya, Anand Ahuja pula, Beckham turut menulis mesej istimewa kepada pasangan itu.

David Beckham (tengah) bersama Sonam Kapoor (kiri) dan suaminya, Anand Ahuja – Gambar Facebook David Beckham, 18 November, 2023

“Sonam dan Anand, anda melayan saya dengan penuh mesra dan baik sekali minggu ini. Terima kasih atas malam yang menakjubkan. Jumpa anda tidak lama lagi,” katanya.

Beckham juga memuatnaik gambarnya bersama SRK dan Sonam sewaktu bertandang ke rumah mereka di India.

Hantaran Beckham mengenai perkara itu menerima lebih 1.4 juta tanda suka dalam kalangan pengikutnya termasuk peminat SRK sendiri.

Rata-rata mereka gembira apabila legenda bola sepak dan bintang Bollywood itu mengabadikan gambar bersama-sama. – 18 November, 2023

Topics

 

◉ Popular

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related