◉ HEADLINES

Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di Kelantan, Terengganu hingga Jumaat

Amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang berlarutan hingga Khamis ini

3:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu hingga Jumaat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang berlarutan hingga Khamis ini.

“Bagi amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan beberapa kawasan di Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Manjung,” menurut kenyataan itu.

METMalaysia dalam kenyataan sama turut memaklumkan hujan berterusan tahap waspada juga dijangka berlaku di Kelantan melibatkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang manakala di Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan hingga Jumaat ini. – 21 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related