◉ HEADLINES

Sembilan individu direman bantu siasatan ubah status kenderaan perdagangan

Sindiket dipercayai bergerak aktif sekitar tahun 2019 hingga 2022, nilai wang rasuah dianggarkan kira-kira RM1.28 juta

8:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sembilan individu termasuk lima anggota penguat kuasa direman lapan hari kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan untuk meminda butiran spesifikasi enjin kenderaan perdagangan daripada kenderaan diesel biasa kepada kenderaan diesel hijau.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata perintah itu dikeluarkan selepas pihaknya membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Ipoh, Putrajaya, Johor Bahru dan Kota Kinabalu semalam.

“Majistret membenarkan perintah reman bermula hari ini, seorang lagi individu bertindak sebagai ejen di Selangor dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangannya direkodkan,” kata sumber berkenaan ketika dihubungi di sini semalam.

Pada hari Isnin, SPRM dilaporkan menahan 10 individu berusia 33 hingga 66 tahun antara pukul 11 pagi dan 3 petang di beberapa negeri bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurut sumber berkenaan modus operandi sindiket itu adalah pindaan data kenderaan atau pembetulan butir-butir kenderaan bagi mendapatkan status diesel hijau.

“Sindiket ini dipercayai bergerak aktif sekitar tahun 2019 hingga 2022 dan nilai wang rasuah dianggarkan kira-kira RM1.28 juta untuk lima orang anggota penguat kuasa terlibat yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita. 

“Manakala ketirisan hasil kepada kerajaan yang terkumpul akibat daripada aktiviti sindiket ini dianggarkan sekitar RM12.73 juta sejak tahun 2018 sehingga 2022,” katanya.Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009. – 22 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related