◉ HEADLINES

Anak makcik Kemboja dakwa video disunting, ‘saya tak cabar netizen tapi bekas pekerja ibu’

Menurutnya, video palsu yang tular menyebabkan dia menerima banyak ugutan

5:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemuda yang mengaku dirinya anak kepada makcik Kemboja yang viral, mendakwa video dia mencabar netizen yang mengecam ibunya untuk bersemuka di TikTok telah disunting.

Menurut pemuda yang dikenali sebagai Ezuan, video palsu yang tular itu menyebabkan dia menerima banyak ugutan daripada orang ramai.

Malah, dakwanya video asal sengaja disunting seorang lelaki yang juga bekas pekerja di Mariyah Holdings untuk memanaskan lagi keadaan.

“Semalam sekitar jam 2.30 petang, saya telah mengesan satu konten yang dimuat naik oleh seorang individu, yang merupakan bekas pekerja di Mariyah Holdings.

“Dia memuatnaik sebuah konten yang berunsur ugutan terhadap saya, kerana individu tersebut berkata bahawa dia akan mendedahkan identiti saya, sebagai pencipta konten untuk ibu saya, Madam Mariyah.

“Individu tersebut juga memaki hamun saya, dan juga ibu saya dalam konten tersebut,” katanya menerusi ciapan di laman X.

Dakwa Ezuan lagi, video asal dimuatnaiknya di TikTok hanya menyebut dia mencabar bekas pekerja syarikat ibunya dan bukan kepada netizen mahupun masyarakat umum.

“Namun, individu tersebut telah mengubah konten tersebut, mengambil bahagian-bahagian tertentu sahaja di mana saya sebut saya cabar, menyalak macam anjing dan sebagainya, seolah-olah saya mencabar netizen.

“Saya ingin menyatakan bahawa segala spekulasi terhadap saya adalah fitnah. Dengan nama Allah, saya tidak pernah berniat untuk mencabar netizen mahupun masyarakat untuk datang berjumpa saya.

“Saya cuma nak selesaikan secara profesional bersama dia (bekas pekerja ibu). Saya minta anda (netizen) menilai sendiri,” katanya.

Pada masa sama, Ezuan berkata, akaun peribadi TikToknya juga telah disekat pagi semalam dan berharap ada keadilan buatnya.

“Saya berani kerana benar, dan saya tak takut dengan individu tersebut. Allah Maha Berkuasa,” katanya.

Semalam, tular video seorang pemuda memberi amaran kepada netizen yang mengecam ibunya dengan melabelkan mereka seperti ‘anjing yang sedang menyalak’.

Malah, dia turut ‘menjemput’ mana-mana netizen yang tidak berpuas hati agar datang bersemuka dengannya di premis perniagaan milik ibunya di Skudai, Johor.

Video terbabit bagaimanapun mendapat kecaman netizen yang rata-rata tidak berpuas hati dengannya.

Terdahulu, tular video seorang peniaga wanita dikenali sebagai Madame Mariyah yang mendakwa orang Kemboja sememangnya pandai dan rajin berniaga berbanding orang Melayu yang malas.

Namun di akhir rakaman wanita itu menyatakan dia hanya bergurau dan berkata orang Melayu atau Kemboja tiada beza.

Susulan itu, Mariyah membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dia menerima kecaman hebat daripada netizen. – 23 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Penjawat awam kerja dari rumah tiga kali seminggu, syarat daftar SPOT-Me setiap sejam

Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja

[WATCH] Reforms in motion: Kulasegaran outlines major legal and institutional changes

From a proposed Human Rights Tribunal to restoring Parliament’s autonomy and overhauling core laws, Kulasegaran says reforms are advancing, even if public awareness has not caught up.

◉ Related