◉ HEADLINES

‘Kalau nak berkhidmat pada rakyat, lantik Raja Mohamed jadi senator bukan tanding PRK, kata PAS pada Umno

Apabila seseorang calon itu dilantik tanpa melalui proses pemilihan dalam parti maka persoalan yang timbul adakah beliau mampu melaksanakan kerja-kerja dalam parti

6:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sepatutnya dilantik sebagai senator jika ingin berkhidmat kepada veteran, bukan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat), Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata, dengan meletakkan Raja Mohamed di Kemaman, maka Umno menjadikan beliau sebagai ‘kambing hitam’.

Nazari turut mempersoalkan Raja Mohamed dari golongan ‘kayangan’ maka adakah beliau dapat berkhidmat kepada rakyat di Kemaman.

Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat), Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar. – Gambar media sosial, 23 November, 2023

“Beliau tak payah bertanding. Kuota di bawah Umno maka jadikan beliau sebagai senator, sama seperti Tengku Zafrul (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz)

“Selain itu, boleh ke seorang Jeneral yang biasa beri arahan, nak buat kerja-kerja ini. Kenapa BN calonkan dia sebagai calon. Tanpa pengalaman uruskan hal ehwal politik, lantik je (jadi senator). Kalau pun untuk jaga veteran, mampukah Jeneral nak buat kerja ini.

“Ini yang kami (veteran) rasa dimalukan oleh Umno,’’ katanya pada sidang media PAS Terengganu di Kemaman hari ini.

Menurut Nazari, apabila seseorang calon itu dilantik tanpa melalui proses pemilihan dalam parti maka persoalan yang timbul adakah beliau mampu melaksanakan kerja-kerja dalam parti.

“Seperti saya dulu, saya melalui proses menjadi ahli biasa, jadi ketua cawangan dahulu supaya kita lebih mesra dan dapat menyantuni rakyat.

“Bila beliau dicalonkan, mampukah Raja Mohammed menjalankan tugas-tugas ini? Mengangkat beras, meredah air dan melakukan semua kerja wakil rakyat kerana beliau bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM),’’ katanya.

PRK Kemaman menyaksikan pertembungan antara satu lawan satu antara Ahmad Samsuri dan Mohamed Affandi terpaksa diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu, membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 November ini bagi tarikh pengundian awal, manakala 2 Disember untuk hari mengundi.

Menerusi rekod SPR, seramai 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu, termasuk 387 anggota polis dan sembilan anggota tentera. – 23 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related