◉ HEADLINES

Kes video KP J-Kom: Wahab ‘tiada kaitan dengan parti’, kata ketua AMK Selangor

Tiada perbincangan dalaman dilakukan oleh sayap pemuda PKR itu berhubung kedudukan Wahab

8:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kes video kontroversi melibatkan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hulu Langat yang juga Penolong Pegawai di Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Abdul Wahab Kadir Jilani tiada kaitan dengan PKR.

Malah, ketua AMK Selangor, Muhammad Izuan Ahmad Kasim berkata, tiada perbincangan dalaman dilakukan oleh sayap pemuda PKR itu berhubung kedudukan Wahab.

“Tiada perbincangan dalam AMK Selangor, sebab kes Wahab itu tidak berkaitan dengan parti.

“Kes yang berlaku membabitkan kapasitinya sebagai pegawai di J-Kom, malah kes itu juga dalam siasatan polis,” katanya kepada Scoop.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara bagaimanapun tidak pasti bila Wahab mula menjadi ahli PKR.

“Saya tidak pasti bila beliau masuk menjadi ahli tapi beliau bertanding (jawatan Naib Ketua) secara rasmi pada 2022,” katanya.

Muhammad Izuan Ahmad Kasim berkata, tiada perbincangan dalaman dilakukan oleh sayap pemuda PKR itu berhubung kedudukan Abdul Wahab Kadir Jilani. – Gambar dari media sosial, 23 November, 2023

Sebelum ini tular video berdurasi tiga minit menerusi media sosial yang memaparkan perbualan lucah antara lelaki didakwa mirip Ketua Pengarah J-Kom, Datuk Mohammad Agus Yusoff dengan Wahab.

Agus pada sidang medianya di sebuah hotel di Bangi, sebelum ini mendakwa video itu disunting dan laporan polis berhubung perkara berkenaan sudah dibuat.

Wahab pada sidang media sama mendakwa kandungan audio dalam video tersebut adalah palsu dan direka kerana telah disunting menggunakan teknik voice over.

Wahab turut mengaku dia merakam video berkenaan tetapi perkara yang dibualkan bukan seperti yang tular di media sosial.

Dia mendakwa diarahkan pegawai tertinggi dalam J-Kom yang digelar sebagai ‘Mr H’ untuk merakam perbualan bersama Agus. – 23 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related